Jumaat, 29 Jun 2012

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Irma Hasmie Dan Reza Syah Azmeer

Setelah bertunang selama 3 bulan akhirnya pada tanggal 29 Jun 2012  pelakon popular Irma Hasmie  menjadi permaisuri kepada jejaka pilihannya seorang ahli perniagaan Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31.
Irma Hasmie & Reza dihari pernikahan mereka

Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan suami Irma Hasmie

Pertemuan mereka bermula dengan pertemuan secara tidak disengajakan ketika menunaikan umrah di Makkah pada 14 Februari lalu dimana keluarga Rezza, 31, yang juga turut sama menunaikan ibadat umrah. akhirnya Irma dan Rezza memutuskan untuk mengikat tali pertunangan 24 Mac 2012 yang lalu.

Pelamina pernikahan Irma Hasmie dan Reza
Majlis pernikahan Irma Hasmie bersama Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan telah diadakan di Dewan Persidangan Putrajaya. Manakala persandingan akan berlangsung di MAEPS, Serdang 1Julai jam 8 malam.
Irma Hasmie bersama Ezuwan ismail pereka busana pengantinnya
Irma Hasmie di hari pernikahannya
Pada hari pernikahan, Irma mengenakan busana daripada pereka fesyen Hatta Dolmat dan majlis persandingan pula dia akan menyarungkan ilham rekaan Ezuwan Ismail.

6 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum CT...cantiknya tahniah buat pasangan pengantin...:)

izinkn mama share gambarnya yer...:)

CINTA UNTUK KITA berkata...

moga kekal abadi...amin..:)

RamRamCute berkata...

tahniah pada Irma dan suami...

Unknown berkata...

Tahniah buat Irma & Reza.

Moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

Jujurara berkata...

cntek la bj dyer..:)

Unknown berkata...

cantik dan sopan laa