Untuk maklumat semua Ustaz Don telah selamat mendirikan rumahtangga bersama pasangannya pelajar perubatan dari salah sebuah universiti di Mesir, Husna Zahry Rafie semalam, 23 Ogos 2012 bersamaan 5 Syawal.
Gambar Kad Jemputan Ustaz Don & Husna |
Majlis Pernikahan Ustaz Don & Husna |
Selamat Pengantin Baru Ustaz Don & Husna |
Selamat Pengantin Baru Ustaz Don dan Husna....
Update 25 Ogos 2012
Pendakwah muda popular, Don Daniyal Don Bijayid, 28 selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Husna Zahry Rafie, di Balik Pulau, Pulau Pinang, malam kelmarin.
Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) itu yang menjadi perhatian ramai melalui program 30 Minit Ustaz Don di saluran TV Al-Hijrah diijabkabulkan dalam majlis sederhana di rumah pengantin wanita, tanpa mengundang wakil media.
Menurut sumber terdekat dengan anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu, majlis hanya dihadiri keluarga terdekat, saudara-mara dan kenalan rapat berikutan penceramah muda berkenaan enggan menghebahkannya kepada umum.
“Majlis persandingan dijadual di rumah pengantin wanita hari ini (semalam) dan selain satu lagi majlis di dewan Kuis di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor pada 1 September depan.
“Persandingan kali kedua pasangan itu dibuat di Dewan Kuis bagi memudahkan kenalannya di sekitar Lembah Klang dan penuntut Ustaz Don di Kuis hadir,” katanya.
Ustaz Don yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir sebelum ini bertunang dengan Husna, penuntut tahun kelima jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir, 6 Mac tahun lalu.
Dalam satu kenyataan menerusi paparan facebook seorang personaliti Al-Hijrah, Amin Idris, Ustaz Don dipetik berkata dirinya hanya bersederhana dan mementingkan pengisian selepas berkahwin.
Wartawan yang memantau laman facebook, twitter dan blog mendapati pasangan itu menerima ucapan tahniah daripada peminat yang ternyata gembira dengan perkhabaran terbabit.
Di status laman facebook miliknya, Ustaz Don turut memuat naik gambar perkahwinannya sebelum 7,780 peminatnya menyukai dan 600 mengucapkan tahniah kepadanya.
Alhamdulillah,semoga berkekalan hingga akhir hayat.
BalasPadamCute la Kad kahwin dia, memang kreatif
BalasPadam