Isnin, 27 Ogos 2012

Gambar Majlis Persandingan Ustaz Don Dan Husna Yang Romantik

Penceramah popular, Don Daniyal Don Biyajid, 28, selamat dinikahkan dengan gadis sama negeri dengannya, Husna Mohd Zahry, 24 pada 23 Ogos 2012 yang lalu.

Don Daniyal yang lebih dikenali dengan nama Ustaz Don dinikahkan di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Jelita Kuala Sungai Pinang Balik Pulau oleh jurunikah Pejabat Agama Daerah Barat Daya selepas solat Asar.
Majlis persandingan Ustaz Don & Husna
Ustaz Don & Husna..Romantiknya
Selamat Pengantin Baru Ustaz Don & Husna


Dalam pada itu, bapa Husna, Mohd Zahry Shaikh Abdul Rahman berkata, majlis kenduri diadakan di rumahnya bagi membolehkan kenalannya termasuk penduduk Balik Pulau beramah mesra dengan Ustaz Don.

“Saya amat seronok kerana dalam majlis kenduri ini peminat Ustaz Don sendiri boleh mengenali dia dengan lebih dekat,” katanya.
Ketika ditanya sama ada mengetahui percintaan Husna dan juga Ustaz Don, Mohd Zahry mengakui perkenalan antara anak dan menantunya itu ketika berada di Mesir.

“Ini kisah orang muda, mereka telah bertunang pada tahun lalu dan sebelum itu mereka ada mengenali hati budi satu sama lain dalam tempoh dua hingga satu tahun.

“Walau apa pun saya mahu hubungan ini sentiasa diredhai Allah dan memohon supaya anda dapat mendoakan kebahagiaan mereka berkekalan,” katanya.

Pasangan pengantin sama padan itu juga akan berjauhan seketika selepas ini apabila Husna dijangka kembali ke Mesir bagi menyambung tahun akhir pengajian perubatannya di sana.

Ustaz Don berkata, dia masih belum tahu bagaimana perjalanan hidupnya bersama Husna sekiranya berjauhan nanti, dan mengakui masih tidak memikirkan lokasi bulan madunya bersama Husna.

Bersempena majlis bersejarah itu juga, kedai kek terkemuka dari Pulau Pinang, Melting Bites mencipta khas figurin wajah Ustaz Don bersama isterinya, Husna Zahry.

Kek Perkahwinan Ustaz Don & Husna
Kek Perkahwinan Ustaz Don & Husna bertemakan warna lembut
Pemilik Melting Bites, Khairul Mimi Mohd Kamil berkata, walaupun sudah hampir dua tahun berkecimpung dalam bidang pembuatan kek, cabaran untuk membentuk wajah Ustaz Don agak sukar.

“Biasanya figurin yang saya buat wajahnya bulat-bulat, tetapi berbeza dengan Ustaz Don kerana wajahnya agak panjang dan saya perlu tiruskan figurin berkenaan. Menariknya lagi bentuk figurin ini sama seperti wajah Ustaz Don dan isterinya, Husna berpakaian ala-ala Timur Tengah,” katanya.

Idea untuk membuat kek tiga tingkat tersebut datang sendiri daripada isteri Ustaz Don.

Sementara jurugambar rasmi perkahwinan penceramah popular ini, Artmosphere Photography menganggap detik perkahwinan Ustaz Don begitu mudah dan tenang.

Pemilik dan jurugambarnya, Shafiq Khairy Mohd Shariff berkata, dia dan rakannya, Nadia Zahari Photography begitu seronok merakamkan detik manis penceramah popular berkenaan.
Ustaz Don di majlis persandingannya
Pelamin Persandingan Ustaz Don dan Husna
 Bertemakan ‘Garden Fairytale’, Pengarah Kreatif The House of Red Gincu, Surianie Samsudin berkata, warna-warna lembut menjadi pilihan pengubahsuaian bilik pengantin dan juga pelamin.

Menurutnya, antara warna lain ialah ungu lembut dan merah jambu.

“Kami bertanggungjawab untuk mengubah pelamin bersanding dan juga pelamin untuk akad nikah, antara lain yang turut disediakan kami ialah gubahan meja makan tetamu kehormat, henna, serta tidak ketinggalan ialah bunga tangan semasa bersanding. Sementara bagi busana akad nikah, Ustaz Don dan Husna mengenakan pakaian mereka sendiri,” katanya.
Hampir 2,500 tetamu menghadiri majlis kenduri di Balik Pulau semalam, dan dijangka majlis resepsi Ustaz Don akan diadakan pada 1 September 2012 di Dewan Kuis.
Cenderahati majlis perkahwinan Ustaz Don & Husna

4 ulasan: