Anggota kumpulan Boboi terbaru-Nabil |
Menurut pengarah dan pelawak popular itu, idea untuk menawarkan Nabil menyertai Boboi dibuat selepas mendapat tahu yang Nabil masih lagi sedang berfikir sama ada mahu atau tidak untuk menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM2) yang akan diadakan tak lama lagi.
Lantaran penyertaan Nabil dirasakan tepat dan akan memberi gambaran baru pada peminat-peminat Boboi menerusi persembahan-persembahan mereka yang akan datang.
"Sebelum ni pun Nabil pernah beberapa kali berkerjasama dengan saya menerusi filem. Dan saya dapat rasakan yang kami nada keserasian. Saya ada bertanyakan padanya, sama ada dia nak sahut cabaran MLM2 atau tidak. Dia beritahu yang dia masih sedang berfikir lagi. Dia ada suarakan pada saya yang dia masih takut nak buat secara solo. Sebab lagipun cabaran nak cari idea tu mungkin lagi besar.
"Jadi saya tawarkan dia sertai Boboi. Dan dia pun ok. Satu yang saya nampak bila kami bertiga bergabung, golongan peminat tu lagi meluas. Kalau abang Harun pengikutnya tertumpu pada golongan lebih berusia. Kalau saya semi-berusia. Nabil pula golongan muda remaja. Mungkin dalam persembahan-persembahan kami nanti pengisiannya lagi seimbang iaitu merangkumi dari tontonan remaja hingga penonton berusia.
"Kalau saya Boboyot, Harun Boboi we. Nabil pulak Boboi nge (sebab telinga Nabil yang capang). Jadi gabungan ni juga boleh di kira kombinasi pelawak tiga generasi", kata Afdlin ketika ditemui di sidang mediaLawak Ke, Der? 2 bertempat di Istana Budaya, semalam.
Tambahnya, selain persembahan untuk LKD2, mereka bertiga akan bergabungan dan menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega musim ke-2 nanti.
Lantaran penyertaan Nabil dirasakan tepat dan akan memberi gambaran baru pada peminat-peminat Boboi menerusi persembahan-persembahan mereka yang akan datang.
"Sebelum ni pun Nabil pernah beberapa kali berkerjasama dengan saya menerusi filem. Dan saya dapat rasakan yang kami nada keserasian. Saya ada bertanyakan padanya, sama ada dia nak sahut cabaran MLM2 atau tidak. Dia beritahu yang dia masih sedang berfikir lagi. Dia ada suarakan pada saya yang dia masih takut nak buat secara solo. Sebab lagipun cabaran nak cari idea tu mungkin lagi besar.
"Jadi saya tawarkan dia sertai Boboi. Dan dia pun ok. Satu yang saya nampak bila kami bertiga bergabung, golongan peminat tu lagi meluas. Kalau abang Harun pengikutnya tertumpu pada golongan lebih berusia. Kalau saya semi-berusia. Nabil pula golongan muda remaja. Mungkin dalam persembahan-persembahan kami nanti pengisiannya lagi seimbang iaitu merangkumi dari tontonan remaja hingga penonton berusia.
Tambahnya, selain persembahan untuk LKD2, mereka bertiga akan bergabungan dan menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega musim ke-2 nanti.
3 generasi/zaman,pasti kelakar!
BalasPadam