Isnin, 26 Januari 2015

Clutch / Shoulder Bag

 Hasil untuk minggu ini. Pattern asal adalah clutch, tapi customer minta tambah rantai. Senang dan  lagi pun nampak comel je bila dibawa. Ditambah dengan twist lock yang berbentuk rama-rama.

 Tempahan ini sangat istimewa sebab di tempah oleh seorang auntie untuk niece nya yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2014 yang lalu. Bertuah niece dapat auntie yang baik hati.
Sempena menghargai kebaikan dan kejayaan mereka saya hadiahkan coin purse sedondon dengan Clutch / Shoulder Bag. Harap suka lah ya..

Yang ini pula salah satu pattern terbaru. Untuk melihat lagi gambar boleh ke link http://cthoney.blogspot.com/2015/01/new-clutch-purse-handmade-ct-n-honey.html

Jika berminat untuk menempah boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney atau pun email sitinoorhz@gmail.com ataupun boleh hubungi saya terus ke http://cthoney.blogspot.com/p/loading_19.html


P/S: Kepada pelanggan saya yang menggunakan form "hubungi ct N honey" dibahagian atas, sila bagi alamat email yang betul ya. Sebab ada yang bagi salah alamat jadi saya tak dapat nak membalas pertanyaan anda. Setiap pertanyaan saya akan balas,seandainya jika sudah seminggu anda tidak menerima email dari saya salah satu sebabnya adalah alamat email anda salah. Harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan