Khamis, 1 Januari 2015

New Clutch purse Handmade ct N honey

Selamat Tahun Baru 2015 kepada mengunjung blog ct N honey. Terima kasih kerana memberi sokongan kepada barangan handmade. Tak menempah pun tak pe...cuci mata dalam blog ini pun dah kira bertuah sangat saya.

Lega tempahan bulan 12 telah selesai disiapkan. Terutama Tempahan borong coin purse sebanyak 130pcs untuk cenderahati perkahwinan. Harap pelanggan saya bakal menjadi pengantin bulan 3 (in sha Allah) majlisnya nanti akan lebih bermakna kerana dapat memberi tetamu dengan cenderahati yang ditempah khas itu.


Masa untuk merehatkan diri setelah mengejar masa menyiapkan tempahan dengan letih badan, mengantuk, fikirkan pattern tempahan dan lain-lain lagi. Seperti biasa cara saya merehatkan diri dengan membuat pattern terbaru dalam suasana santai dan tenang. Tak perlu fikir macam nak lakar pattern tempahan pelanggan, mesti siap mengikut masa, pastikan ukuran,corak mengikut tempahan dan macam-macam lagi. Tangan dan kaki bergerak, sambil tu otak berfikir....sangat-sangat meletihkan.

Pattern GLenda convertible clutch ini saya beli di Etsy.com.Print, tekap,gunting dan jahit.

Tada....siap



Ukuran

Tinggi 6"
Panjang 11"
Lebar 31/2"



Jika berminat untuk menempah boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney atau pun email sitinoorhz@gmail.com ataupun boleh hubungi saya terus ke http://cthoney.blogspot.com/p/loading_19.html


Tiada ulasan: