Kali ini mencuba satu lagi pattern baru -Blanche barrel bag dari Swoon Sewing Patterns. Nampak mudah aje pola nya..tapi bila dah potong kain dan nak mencantumnya......1 hari tak siap-siap lagi.
Baca tutorialnya lebih 3 kali tak faham-faham juga. Saya ada juga beli PDF pattern bag dari pembuat pattern lain. Tapi dari Swoon Sewing Patterns untuk Blanche barrel bag rumit sikit bagi saya. Untuk yang baru nak bermula menjahit beg, saya rasa pattern ini sesuai jika inginkan cabaran.
Saya tak pasti mana silapnya pattern ni. Sama ada saya tak faham arahannya atau Swoon Sewing Patterns untuk Blanche barrel bag memang tak lengkap. Saya terpaksa ubah ukuran dan pandai-pandai sendiri nak siapkan. Ada 2-3 part juga yang saya skip tak buat.
Setelah 2 hari bersungguh-sungguh menyudahkan, akhirnya siap juga mengikut cara saya. Memandangkan saya perlu menambah baikkan lagi proses membuatnya..jadi buat masa ini saya belum bersedia lagi menerima tempahan Blanche barrel bag ini......
Selepas 2-3 hari merehatkan minda isnin dah mula check balik list tempahan. Alhamdulillah tempahan sentiasa ada sama ada dari pelanggan baru ataupun dari pelanggan lama. Terima kasih kerana menyokong
https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan