Selasa, 11 Januari 2011

Buli

Tiap kali balik dari sekolah,mesti mengadu kawan buat macam ni macam tu kat dia.Pening kepala dibuatnya.Nak disuruh melawan,nanti kena marah dengan guru dia,atau pun mengajar anak jadi ganas,nak disuruh biarkan aje,lagi suka pula kawannya buli.Hai.....habis macam mana?
Hari ini anak No 3 balik,mengadu kawan dia suka tarik belakang seluar,
sampai nampak 'seluar kecik'nya,"malu lah ibu,budak perempuan nampak 'seluar kecik Naim".Lepas tu guru dia call,beritahu baju t'shirt sekolah dia kena gunting pula..Nasib baik sepupunya yang buat.
Anak No 4 balik dari Tadika pula mengadu,kawan dia suka ambil botol air,"Ibu...... kawan Arif suka panjut-panjutkan air minum dekat muka Arif", mentang-mentang la badan dia kecil.Mungkin kita rasa perkara ini remeh,tapi macam mana pula perasaan anak kita?Dan macam mana pula kita sebagai Ibubapa nak buat?......
















7 ulasan:

mama rock berkata...

sabar je la.....

MAKSU berkata...

bls blk jgn smpi die buat lg kt naim dgn ariF.....

ct N honey berkata...

lopeh ni kono anta menuntut ilmu kat KAMEN RAIDER la kut.....

mama kembar 2 berkata...

akak tak blh diamkan ni kak.jumpa cikgu naim dan bgtau je anak akak kena buli..takkan cikgu tu taktau nak buat apa..

ct N honey berkata...

mmm......kena pergi sek la nmpknya.

Yati berkata...

Kak,
ini double pening pala ni kak. Saya cuma 3 hero, akak sampai 6 hero.
Saya selalu ajor anak, kalau kawan buat apa-apa tak elok, bagitau cikgu.

ct N honey berkata...

kdng2 cikgu pun x larat nak layan perangai bdk degil ni....cuma hrap2 x ada perkara buruk berlakukan....mmg hapenning kat rmh ni dgn 6 hero.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/