Jumaat, 25 Februari 2011

Resepi kek asam manis

Resepi ini Ct dapat dari mak mertua.Kata Mak mertua, resepi ni dah lama dia dapat.Masa suami Ct masih kecil lagi.Disebabkan Ct ni menantu yang sulung (menantu kesayangan yang pandai masak.kah..kah..kah..perasan).Jadi dengan rela hatinya mak mertua telah memberikan kepada Ct dengan harapan menantunya ini lebih rajin kedapur.Lagipun kebanyakkan resepi kek ini yang Ct jumpa menggunakan banyak bahan.Kadang kala telur aje sampai berbelas-belas untuk satu adunan.Resepi kek ini Ct dah buat banyak kali.Bagi yang baru nak belajar membuat kek bolehlah cuba,mesti  jadi punya.
Ok,kita mulakan ye.....



kalau rasa-rasa terbuka selera tengok gambar ini,boleh lah cuba


masukkan 1 tin kecil marjerin,(250g)dengan 1 cawan gula halus


pukul adunan hingga kembang


masukkan telur satu persatu sebanyak 4 biji


selepas itu masukkan 1/4 susu pekat & 1/4 air suam



masukkan 11/2 cawan tepung gandum atau
kalau nak sedap
gunakan biskut lemak yang telah dihancurkan
gaul hingga sama rata



selepas itu asingkan menjadi 2 bekas dan warnakan adunan mengikut
 suka hati hari ini Ct letakkan warna hijau epal(teringat pula dengan
 blog cik epal)dan lagi satu adunan berwarna
 kuning(blog cik kuning belum jumpa lagi)


inilah bahannya yang buatkan kek ini sedap.Ct pun tak tahu apa 
namanya ni orang kampung panggil asam gambir.Sebelum tu 
panaskan periuk kukus.dan asam gambir ini diasingkan satu-satu 
supayasenang nanti nak meletakkankedalam adunan
(nak tanya....cantik tak patchwork heart tu)



mula-mula masukkan satu senduk adunan,ratakan, letakkan
asam gambir tadi dandisusun seperti gambar diatas,kalau beli banyak
bolehlah letak rapat-rapat.Ct punya tak cukup sebab kena bagi cukai kat anak,
nanti dia datang kacau.kukus selama 3-5 minit,selepas itu masukkan satu
senduk lagi adunan yang berlainan warna ratakan dan jangan
lupa letakkan asam gambir.Ulang proses ini sehingga habis adunan.


Sebelum dipotong,sejukkan dulu supaya senang dikeluarkan dari
bekas dah mudah dipotong.Ta   da......makan.
 opp...sebelum tu  kena lah beri sikit kat jiran,tak lah dapat bau aje....


untuk jiran sebelah rumah,kena bagi sebab adik ipar.



ini untuk jiran depan rumah,jiran yang selalu menolong ketika
Ct dalam kesusahan


muka depan buku resepi.walaupun buruk tapi macam-macam
resepi didalamnya


satu aje masalah buku ni, disebabkan dah lama
sukatan yang digunakan ialah cawan,tahil dan kati
siapa tahu 1 tahil tu berapa gram?

Mak mertua Ct ni memang pandai menyimpan barang dan cermat orangnya.Cuba anda ingat,ada tak barang atau baju ke yang pernah anda miliki 30 tahun yang dulu yang masih elok dan masih dipakai hingga kehari ini.Kalau Ct,rasa-rasanya dah tak tinggal jejak dan dah lupus sama sekali.Lain kali Ct tunjukkan pula baju dan barang-barang yang mak mertua Ct simpan yang masih boleh di pakai,jangan tak tahu baju suami Ct masa umur 2 tahun anak Ct boleh pakai lagi sekarang.
Kalau suka tekan lah like........tq

6 ulasan:

cik EPAL berkata...

cam sedap je. pos ah dekat sini :D

ct N honey berkata...

@cik EPAL
dah habis dah....anak ramai

adawiyah rahman berkata...

walah resepi!
cam sedap jek
thanks for sharing~
leh try neh :D

ct N honey berkata...

@adawiyah rahman
cubalah,kalau buat mesti jadi punya....tak susahpun

Yati berkata...

Ct,
Yati salin tau resepi. Bila dah beli mixer baru, nanti Yati leh try. Thanks share resepi ni.
Cantik patchwork heart! :)
Asam ni, masa kecik dulu selalu makan. Kami panggil dulu, nama dia tak sedap didengor. Dah lama sangat tak beli.
Tidak la teman tau, 1 tahil tu bersamaan dengan berapa gram. Memang antik buku resepi tu ya.

ct N honey berkata...

@Yati
Nanti kalau dah buat,share lah gambarnya ye,tak dpt merasa,dpt tgk gambar jadi lah.Buku resepi tu pun mmg dah dicategory antik pun.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/