Rabu, 2 Mac 2011

Bukan 10 tapi 12 semuanya

Ini adalah senarai dan gambarnya.Bukan 10 tapi ada 12 semuanya.Jika anda ada angan-angan untuk memilikinya,anda dinasihatkan mengumpulkan duit dari sekarang.Jika ada rezeki,anda akan dapat memiliki salah satu daripadanya.Jadi apa lagi jom survey yang mana satu idaman kalbu.Harap-harap ada yang berkenan dihati.(klik digambar untuk gambar yang lebih jelas)



The 101 Nights Diamond
US$ 3.8juta

House of Mouawad telah mengeluarkan beg tangan " The 1001 Nights Diamond".Beg tangan tersebut yang dihiasi dengan berlian 381 karat menggunakan 4,517 berlian (105kuning, 56 pink dan 4.356 berwarna)yang mengambil masa 1100 jam untuk disiapkan.Setakat ini belum ada pembelinya lagi.






CHANEL DIAMOND FOREVER
US$ 261,000

Hanya ada 13 di seluruh dunia. Diamond Forever Classic Chanel dihiasi dengan 3,56 karat terdiri daripada 334 berlian, hardware 18 karat emas putih dibahagian "C" ikon Chanel dan kulit buaya putih untuk bahagian talinya.






PALADINO GADINO BAG
US$ 38,500

Jika dilihat tiada yang istimewanya beg ini.Gadino Beg dibuat oleh Norway Hilde Palladino.Tapi bila melihatnya dari dekat anda akan melihat kilauan berlian putih 39 emas putih yang tersembunyi di dalam cangkuknya.





LEIBER PRECIOUS ROSE
US$ 92,000

Rose Precious memang sangat berharga. Dibuat dalam bentuk bunga yang sempurna dengan 1.016 berlian dengan jumlah 42,56 karat, 1169 safir pink dan 800 tourmalines. Jika anda bercadang untuk membeli lakukanlah dengan cepat:Hanya ada satu didalam dunia.



New Age Traveler
US$ 54.000

Backpack Louis Vuitton yang diberi nama New Age Traveler.Beg berwarna krim dengan corak monogram Louis Vuitton dan dihiasi dengan rambu-rumbai.




LOUIS VUITTON URBAN SATCHEL
US$ 150,000

Diperbuat dari kulit Itali terbaik di dunia.Ashley Olsen telah menandatangani perjanjian berjuta-juta dolar untuk mengiklankan Urban Satchel ini dimajalah Vogue.





 LOUIS VUITTON TRIBUTE PATCHWORK
US$ 45,000

Beg Louis Vuitton Tribute PatchworkBag, ini menarik kerana ia terdiri dari 15 sampel beg Louis Vuitton dari koleksi LVmusim panas,luruh dan bunga.Diambil dari semua bahagian terbaik dari koleksi musim itu dan digabungkan oleh mereka menjadi satu. Ini menjadikan beg ini nampak eksklusif dan juga menjadi edisi terhad.




LANAMARKS CLEOPATRA BAG
US$ 100,000

The Cleopatra Clutch (edisi terhad) dihasilkan dari kulit buaya perak metalik 1500 berlian hitam dan putih dipotong dan ditetapkan dalam rangka emas 18 karat putih, ditandatangani dan dinombori.



CLUTCH by CATE ADLAIR
US$ 500,000

Platinum Clutch direka oleh Cate Adair. Adair adalah perancang kostum untuk Desperate Housewives.




GINZA TANAKA PLATINUM HANDBAG
US$ 2,000.000
Sebuah beg kecil yang comel dihasilkan oleh GinzaTanaka dan dibuat dengan 2.182 berlian (total 208 karat) dan platinum. Tali boleh ditanggal dan digunakan sebagai kalung atau gelang. Beg ini juga dilengkapi dengan berlian lapan karat berbentuk buah pir yang boleh digunakan secara berasingan sebagai keronsang.Beruntung membelinya kerana tiga-dalam-satu.






HERMES MATTE CROCODILE BIRKIN
US$ 120,000
Dinamakan sempena penyanyi Perancis / penulis lagu Jane Birkin.(jane birkin-biography)Kancingnya berukuran 30-sentimeter disaluti dengan 10 karat berlian putih dan diperbuat dari kulit buaya.



NANCY GONZALES POROUSUS
US$ 30,000

Beg tangan Nancy Gonzalez Porousus ini anda boleh menempah mengikut pilihan anda dari kulit,saiz dan warna.
Yang ini pula kalau nak tahu berapa harganya kenalah klik.Lepas tu kalau nak harga murah jomlah join heartbeat..











4 ulasan:

Yati berkata...

Ish ish, berlian belaka. Ntah kenapa Yati kurang minat berlian. Kalau mampu pun, tak nak la beli handbag-handbag macam dalam gambor tu. Baik beli benda lain. Hehhe... pendapat Yati je. Lain orang, lain citarasanya, ye tak. :)

Faztee Danisha berkata...

haloha..cantik ar..bak satu..
slm ziarah dan follow

ct N honey berkata...

@Yati
samalah ct,kalau dah ada duit melambak-lambak tu barulah berangan nak.....

ct N honey berkata...

@Faztee Danisha
gambar aje lah yang boleh ct bagi...he..he.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/