Sabtu, 19 Mac 2011

Letihnya..........

Semalam bawa anak yang berderet 6 orang pergi jalan-jalan dibandar Seremban.Memandangkan semenjak Along balik dari asrama tak pernah bawa dia keluar,maka keluarlah semuanya.Tempat pertama yang Ct pergi ialah Kedai Unik Seremban.Barang yang dicari kain Felt.Ct tahu dikedai ni ada jual kain Felt dari Syima.Dia mengomen diblog tinihani sambil tu dia pun komen juga komen Ct (terima kasih Syima).

kain felt
Sebelum beli nak buat macam-macam.Tapi dah beli, blur pula nak buat yang mana dulu...uuhh....



Selepas tu terus pergi ke Terminal 1,dapat tahu diserembanmaya ada Pesta buku.Masing-masing sibuklah mencari buku.Ct ingat nak cari juga kalau ada buku pasal Quilt,Craft ke,tapi banyak buku resepi aje...tapi
buku selain dari tu banyaklah...

 kedai buku Popular

Buku ikhtiar hidup tu untuk Along dengan Angah.Mereka memang buat koleksi buku ini.Buku sang singa tu untuk Naim dan Pirate Treasure untuk Arif.Buku untuk Luqman saja aje tak beli sebab kalau belipun dia nak berebut dengan abangnya juga.Selepas beli buku rasa lapar pula.Pergi makan di Pizza Hut Ocean.Ini pun atas pemintaan Along.Kesian duduk di Baling Kedah Pizza Hut tak ada,yang ada cuma KFC aje,dia pula kurang suka makan KFC.

Naim,Along(hakim),Fakhrul,Ct

Baby Fakhrul memang 'good boy' masa ini walaupun demam tak meragam pun.

Arif,Angah(ridzuan)

Kalau nak lawan makan,lawanlah dengan Angah,mesti kalah punya.

Luqman

Kalau makan di Pizza Hut,inilah mainan Luqman.Untuk buat dia duduk diam,kalau tidak semua orang tak dapat makan,nak layan perangai dia je.Bila dah kenyang tempat yang dituju ialah diJabatan Pendaftaran Senawang.Lupa nak buat Mykad Angah.Birthdaynya pada 24hb Januari tempoh hari baru sekarang nak buat.Apa lagi kena dendalah sebab lewat 30hari.Jadi sesiapa yang belum buat kad pengenalan anak tu cuba lah check,jangan jadi macam Ct pula.Sesiapa yang nak semak Mykad sudah siap ke belum atau yang belum menuntut Mykad silalah ke JPN


Tempat terakhir yang dituju kedai Ten Ten Senawang.Nak beli seluar sekolah Along.Lama disana..... sampaikan anak-anak yang lain dah mula buat perangai sebab masing-masing..letih...Sampai dirumah semuanya dah boleh rehat,tapi ibunya masih ada lagi tugas menanti.Siapkan makanan untuk makan malam.........Tugas seorang ibu dan isteri akan selesai bila tutup mata untuk tidur......Itupun kena bangun juga sebab nak bagi BF kat baby......




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

9 ulasan:

norem berkata...

Along sekolah kat mana Baling tu..dekat jer dgn Grik

ct N honey berkata...

@norem
Anak sek kat MRSM Baling,Ct pun belum sampai lagi kesana.....

SewLove berkata...

amboi,anak akak sume laki ye..penatnye jaga hero2 nie :D

Izan Ishak berkata...

sweet je tgk akak kuar jalan2 ngan hero2 semua. samalah macam izan ni kak...dah besar mcm anak2 akak ni mesti senang nak handle kan~

ct N honey berkata...

@Izan Ishak
selalunya along & angah kena pegang 2 org adiknya 2 org lagi akak dan suami,mmg kena byk kesabaran gak nak bawa semuanya keluar.....

Nur berkata...

ct,
kain felt tu buat purse. :)
Yati pun baru balik dari JPN hari tu. Buat mykad baru, tukor alamat. Nanti nak daftar ngundi. Hehhe, dah tua-tua baru nak daftar. Better late than never, omputih cakap. Hik hik!

ct N honey berkata...

@Yati
kain felt tu x tahu nak buat projek apa lagi.Ct pun dah tua ni baru sekali pergi mengundi....

Tanpa Nama berkata...

assalam....i bace your ade ckp pasal kain felt ye. seremban tu kt mane? puas i cari tapi sume warne x menarik. nnt leh reply kt email i x (izianamohdkhalid@yahoo.com) tq:) -iezy senawang-

mrs.Tok berkata...

bole tau dkt mane jumpe kain felt 2??nk carik jugak ni..kt seremban tp bley spesifik dkt kdai mne area mne??TQ..