Khamis, 3 Mac 2011

Pil perancang khas untuk lelaki


LONDON: Sekumpulan saintis universiti Pittsburgh dan Illinois Amerika Syarikat mendakwa dapat menghasilkan pil perancang khas untuk lelaki yang dikatakan dapat menghalang pasangan mereka hamil tetapi pada masa yang sama tidak menjejaskan keintiman mereka, paras hormon, berahi atau kesan sampingan."Oleh kerana ia tidak mendatangkan kesan sampingan dan paling penting hormon, kami amat gembira dengan keputusan yang dicatatkan setakat ini," kata penyelidik, Dr Sheri Hild daripada firma penyelidikan Amerika, Bioqual yang turut terbabit dalam kajian berkenaan.Kajian ini juga akan menambahkan lagi kaedah perancang keluarga bagi lelaki selain dari kondom dan vasektomi.(rujuk disini jika inginkan maklumat kaedah lain yang mungkin masih tiada lagi di Malaysia)




Akhbar Daily Mail melaporkan,ubat yang setakat ini dikenali sebagai CDB-4022, cuma diuji  ke atas monyet. Kiraan sperma haiwan itu jatuh dalam masa seminggu selepas diberikan pil perancang lelaki berkenaan dan membuktikan keupayaan pil itu yang didakwa bertindak pantas bagi menyekat penghasilan sperma.Empat bulan kemudian, paras hormon haiwan itu kembali normal.Pil itu terbukti dapat merendahkan kiraan sperma pada tahap tidak subur dan mampu naik semula selepas itu secara sendiri.Dr Hild berkata pihaknya kini merancang melakukan kajian jangka panjang yang mana haiwan jantan itu dibenarkan mengawan dengan betina bagi mengesahkan lagi kemujaraban pil itu.

Katanya, pil berkenaan mungkin diambil sekali sehari bagi lelaki selain pada kadar mingguan kerana mengambil kira kemungkinan ada yang lupa mengambilnya pada setiap hari.Apa yang menarik, mereka mendakwa pil perancang itu tidak memberi kesan jangka panjang ke atas tahap kesuburan lelaki jika diambil setiap hari,dan ujian ke atas manusia dijangka dimulakan tidak lama lagi.

kredit untuk(sioloon)
untuk rujukan mengenai kesihatan( NHS )

Jadi siapa yang paling suka,isteri atau suami bila dah baca tajuk ini?Lepas ini bolehlah berbincang siapa yang patut menjalankan kaedah merancang keluarga,sebab suami tak boleh nak mengelak lagi.Ct lagi suka kalau semua klik heartbeat dibawah ni.

5 ulasan:

Yati berkata...

Yati suka kalau ada pil perancang untuk lelaki. Hehhe... ni tak, balik-balik pompuan juga yang kena.

ct N honey berkata...

@Yati
ye...ct sokong....

Jendela Hati berkata...

hehehe.. macam2...elok lah ni asik2 pompuan je...tiba masa lelaki pulak

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil berkata...

akhirnye ade juge perancang utk lelaki selain kondom .. muahahaha ~

Pencinta Abadi berkata...

@Yatiamboi ni kes dengki ni

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/