Sabtu, 12 Mac 2011

Supermoons menyebabkan Tsunami di Jepun.


Saintis-saintis memberi amaran kemungkinan berlakunya bencana alam di Bumi pada minggu depan disebabkan daya graviti bulan apabila Bumi dan bulan berada pada jarak paling dekat dalam tempoh 19 tahun,lapor sebuah akhbar semalam.



Fenomena tersebut akan berlaku pada 19 Mac ini yang menyaksikan bulan berada pada kedudukan cuma 354,507 km dari Bumi berbanding jarak biasa 384,401km.
Beberapa saintis memberi amaran kedudukan bulan itu boleh menjejaskan corak cuaca Bumi dan menyebabkan gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Fenomena tersebut sebelum ini berlaku pada tahun 1955,1974,1992 dan 2005 dengan cuaca melampau dicatatkan pada tahun-tahun berkenaan.
Bencana ombak besar tsunami yang menyebabkan ratusan ribu orang terbunuh di Indonesia berlaku dua minggu sebelum fenomena bulan itu pada Januari 2005.Agensi.
Petikan:KOSMO,Rabu 9 Mac 2011.
P/s.Fenomena itu dipanggil Supermoons apabila Bumi dan bulan berada pada jarak paling dekat menyebabkan bulan akan kelihatan lebih besar.
Tapi kita sebagai umat Islam hendaklah mempercayai itu semua adalah ketentuan Allah.


Sesuai dalam Al-Qur’an surat ke 15 (surat Al-Hijr) ayat 4 yang ertinya :
“Dan Kami tiada membinasakan sesuatu negeripun, melainkan ada baginya ketentuan masa yang telah ditetapkan.”

6 ulasan:

Ice Ketul berkata...

saintis mengetahuinya hanya sedikit tetapi allah maha luas pengetahuannya..

ct N honey berkata...

ya,betul.semua yang baik itu dari Allah yang buruk itu dari kita.

kakyong berkata...

Allah dah tentukan aturan segalanya..


n3 terkini kakyong.com
Daftar & dapatkan gravatar anda
Andiya Adira si budak kuat nangis
Belle of Feb 2011 bagi blog § notre belle histoire §

kakyong berkata...

Allah dah tentukan aturan segalanya..


n3 terkini kakyong.com
Daftar & dapatkan gravatar anda
Andiya Adira si budak kuat nangis
Belle of Feb 2011 bagi blog § notre belle histoire §

ct N honey berkata...

@kakyong
dah daftar dah kakyong,kenalah komen byk nanti baru boleh gambar keluar...kan.

Yati berkata...

Supermoon? Memang bulan nampak agak besar sekarang kan. Dulu masa kecik Yati ingat, bulan tu kecik je.
Apa-apa pun, betul, kuasa Allah mengatasi segalanya. Apa-apa yang berlaku atas kehendakNya.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/