Ahad, 22 Mei 2011

Ada orang ketiga,Kata Mohd Ghazali



Tiada orang ketiga: kata siti nursaida
6 Nov 2010: "Tidak ada kena mengena dengan kehadiran orang ketiga," kata penyanyi Siti Nursaida Tarudin ketika ditanya mengenai kemelut yang melanda rumah tangga dengan suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri, 40.


Biarpun mengakui sudah pun memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Mohd Ghazali di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur  Saida, 34, bagaimanapun berkata, mereka akan menggunakan tempoh dua bulan yang diberikan mahkamah untuk memperbetulkan keadaan iaitu menerusi cara perbincangan bersama suami.

“Selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga, mana mungkin perasaan sayang hilang begitu saja. Saya masih sayangkannya. Lagipun, hubungan kami masih berjalan seperti biasa, masih tinggal serumah dan komunikasi kami juga berjalan lancar. Cuma hati dan perasaan saya yang terganggu,” katanya. Difahamkan tuntutan cerai itu telah ditarik semula oleh Saida. 

                                                         1. Ducth Lady Red Bean
                                                         2. Ducth Lady Sweet Corn
                                                         3. Ducth Lady Moo Melon
                                                         4. Ducth Lady Caramel Toffee
                     Anda suka yang mana satu? Klik untuk memilih perasa yang anda suka


Tuntutan cerai kali kedua
15 MAC 2011: Siti Nursaida Tarudin sekali lagi telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Mohd Ghazali di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, semalam.

Selepas mereka cuba berdamai, Saida kali ini tetap dengan pendiriannya ingin bercerai walaupun suaminya masih berhasrat mahu mempertahankannya.

Keputusan itu dibuat kerana Saida merasakan mereka sudah tiada persefahaman lagi selain gagal untuk didamaikan.



                                          MaxisiPhone4 sudah tiba



Ada orang ketiga: kata Mohd. Ghazali Yahya Zikri
12 May 2011: Kakak penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Siti Nursaida didakwa mempunyai teman lelaki sehingga tergamak mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Malah, teman lelaki Siti Nursaida, Hafiz Che Mat yang juga rakan sekerja Siti Nursaida didakwa turut mengganggu proses perdamaian rumah tangga serta mendesak artis berkenaan bercerai dengan suaminya.

Demikian antara dakwaan yang dibuat oleh suami Siti Nursaida, Mohd. Ghazali Yahya Zikri, 40, di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Syariah, Mohd. Suhaily Rosdi di sini semalam semasa prosiding permohonan cerai oleh bekas peserta Akademi Fantasia 6 itu.

“Saya sangat sedih dan kecewa, dulu isteri saya seorang yang lemah lembut dan bertanggungjawab tapi dia sudah berubah. Sekarang anak-anak sampai tidak pergi sekolah, bangun lewat kerana dia (Siti Nursaida) sudah tinggal di rumah lain,” kata bekas jurutera kaji bumi itu.

Mohd. Ghazali dinamakan sebagai defendan oleh Siti Nursaida, 35, selaku plaintif dalam permohonan cerai secara baik yang difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984.

Defendan hadir bersama peguam syarie, Amli Embong manakala Siti Nursaida pula ditemani kakak iparnya, Rozi Abd. Razak.

3 ulasan:

Bionic women berkata...

sekarang ni lebih ramai perempuan curang berbanding lelaki@suami..

dunia akhir zaman

Nur berkata...

La, tak tau sape betul. Kalau betul, kesian la kat suami Saidar tu, dan yang jadi mangsa, anak-anak.

Jendela Hati berkata...

itu lah mcm2...