JUVANA, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.
Drama Juvana mengisahkan seorang remaja bernama Daim Yahya yang telah dituduh membunuh ibu dan teman lelaki ibunya. Daim telah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak Wira Bakti iaitu sekolah badan bukan kerajaan semasa umurnya 17 tahun. Raja seorang warden yang jahat,tidak memperdulikan Daim yang dibuli oleh penghuni asrama yang jahat.
Daim kemudiannya mendapat sinar gembira apabila Cikgu Zakiah membantu Daim yang lemah dan selalu menjadi mangsa buli rakan-rakan samseng yang ada di sekolah itu.

Syazwan 23 tahun, memegang watak Apek pula seorang graduan Kolej Multimedia TM Kuala Lumpur.Beliau juga pernah berlakon didalam drama bersiri Gemilang.Syazwan juga amat meminati Aaron Aziz dalam filem KL Drift hingga mampu meniru gaya pelakon itu dalam filem berkenaan.

Jadi jangan lupa menyaksikan drama bersiri Juvana. Sesiapa yang terlepas episod 1 dan 2 boleh lah ke www.tonton untuk mengetahui permulaan drama ini. Selepas itu bolehlah teruskan menonton pada minggu hadapan hari Isnin jam 9 malam di TV3.
Ct ada terbaca dalam khabar,komen tentang drama Juvana ini seolah-olah menggalakkan kes buli dan boleh ditiru pelajar sekolah lain,dan berharap dihentikan segera.Apa pendapat anda pula?
9 ulasan:
mungkin jugak ,nanti keluar lah gaya budak sekolah cam depa nih ..tp mungkin jugak budak2 akan sedar..
di sebalik penayangan juvana..bukan nak mengajar tapi ambil pengajaran..bagi ibu bapa untuk mengawal anak2 agar tidak terjebak dengan benda2 jenayah...kawal emosi juga tingkah laku...bagi anak2 biar mereka tahu ape yang akan terjadi jika melakukan perkara jenayah.
dengar cerita, kisahnya best...xsmpt nk tgk...
ctenye sungguh bez.. trus kn d siar kan d tv.. huhu
suka sangat dengan cerita
ne (:
yana suka tgok cerita ni...kalau tgok ceita begini kena ada bimbingan ibu bapa...yana ckap dgn anak yana ni sekolah budak2 jahat...kalau jahat kena sekolah kat sini..ada baiknya kita masuk elemen ceramah dan motivasi sekali..hehe
yeah i like diz drama...
tp sedey termiss episod last week... :( takper nk try qadho tgk kat tonton.com :p
xla. sonok je tgk cite nih. especialy bile watak budak kecik tu da ade. haha.
@Hanim Nordin bila tgk cerita ni, ambil yg baik aje, yg buruk jadikan peringatan.
Catat Ulasan