Rabu, 25 Mei 2011

Koleksi Cross-stitch yang antik



Sebelum itu nak beritahu apa itu Cross-stitch? Cross-stitch ataupun dikenali juga sebagai jahitan silang pangkah merupakan salah satu jahitan sulaman yang paling ringkas dan mudah untuk dipelajari.

Hari ini Ct nak share koleksi Cross-stitch yang telah Ct buat suku abad yang lalu. Jadi rasa-rasanya bolehlah dikategorikan dalam barang-barang antiklah kan. Sebenarnya koleksi Cross-stitch ini bergantungan dirumah emak di kampung. Kebetulan masa Ct balik melihat emak masuk hospital minggu lepas sempatlah snap gambar-gambar Cross-stitch ini. Zaman dulu mana ada digital camera ataupun phone yg ada kamera, suka-suka aje boleh ambil gambar bila teragak nak ambil gambar.

Ct mula buat Cross-stitch sejak Ct form 2 lagi... Masa tu tahun 1997. Nasib baiklah masa tu ayah menyokong penuh hobi Ct ini. Ayahlah yang belikan benang dan tempah frame sekali. Cuma emak aje bagi syarat, kalau nak buat jangan lupa masak nasi dan lauk dulu. Masa tu Ct dah jadi tukang masak kat rumah kalau waktu cuti sekolah. Emak memang bising kalau Ct malas tolong dia di dapur. "Nanti dah kawin tak pandai masak" ayat powernya. Jom layan koleksi antik Cross-stitch Ct.


Ada sesiapa yang keretanya jenama Perodua? Mungkin anda sesuai join FB ini. Kalau nak (Klik sini)


Suka bila buat gunakan benang emas. Senang, dan cepat siap. Sebab gunakan 1 benang aje.



Untuk gambar masjid ini, lama juga Ct nak siapkan. Berbulan-bulan juga. Lagipun masa tu harga benang naik, Ct terpaksa berjimat dengan ceraikan benangnya, gunakan 2 helai aje. Part yang paling susah masa nak buat kubahnya. Yang paling tak sangka ayah sanggup tempah framenya...walaupun mahal.


Ct paling suka pattern ini. Selain dari senang nak buat, seingat Ct cuma 2-3 hari aje nak siapkan, menyelerakan tengok warna strawberry nya yang merah itu. Tapi sayang dah rosak sebab kayu frame tu kurang berkualiti.



Inilah Cross-stitch pertama yang Ct buat.

6 ulasan:

Kak Aya berkata...

cantik2 la CT...senang ke buat cross stitch ni?

puanbee berkata...

http://puanbee.com/churp-churp/

ct ni bee bg link , nanti bee buat lagi tutorial churp2 skrg nih demam pulak pening tk larat lah ....

mommylavender berkata...

salam ct~ wah2 cantik nya..mommy suke yang pic last sekali..pic bunga tu...

Ummi Hanie berkata...

rajinnye kak ct buat cross stitch...hanie x pass lagi...org kate sng,tp klu xtahu teknik yg betul,xmnejadi juge... ;)cantik2 semua hasil tgn kak ct tu

NzA berkata...

banyak tu koleksi ct..akak pn zaman2 sk suka buat CS ni ttp skrg dh hilang minat tu...hu...

Irene Ee berkata...

Salam CT. Saya baru nak belajar cross stitch dan kebetulan saya beli gambar masjid biru tu.. Boleh saya nak tanya pasal gambar ni dgn CT?

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/