Rabu, 18 Mei 2011

Lembik namun banyak khasiatnya



Ianya agak lembik boleh menghilangkan selera sesetengah mereka yang mungkin rasa geli melihatnya. Sebenarnya ia bukan sahaja pada rasanya yang enak dan mudah cara penyediaannya tetapi juga kandungan zatnya.
Ia sesuai untuk semua peringkat umur, apa lagi bagi kanak-kanak serta orang tua yang sering mengalami masalah penghadaman.


Terdapat beberapa jenis tauhu dipasaran. Tauhu enak dimakan walaupun setiap hari. Walaupun digemari tetapi masih ramai yang beranggapan kononnya pengambilan tauhu boleh menggemukkan. Sebenarnya ni  adalah tanggapan yang salah. Kandungan kalorinya adalah rendah. 


The Furious Voice Contest

Sebenarnya tauhu adalah sumber protein yang terbaik kerana ia diperbuat dari pada kacang soya. Kandungan proteinnya ialah antara 8-12 peratus. Ini bermakna jika kita makan tauhu sebanyak 227gm, ia akan  memberi legih kurang 11.5gm protien yang boleh digunakan terus. Jumlah ini merupakan 27 peratus daripada protein yang diperlukan oleh orang dewasa. 227gm tauhu ini bersamaan dengan 92.2gm hidangan stik atau 156.1gm burger. Jika hendak dibandingkan tentang harga, harga tauhu jauh lebih murah daripada stik dan burger.


Selain itu, tauhu juga kaya dengan kandungan pati galian yang membantu menguatkan pembentukan gigi dan tulang. walaupun suber utamanya boleh didapati daripada susu tetapi bagi yang tidak minum susu, tauhu adalah pengganti yang tepat. Setiap 100gm tauhu mengandungi tidak kurang daripada 146mg kalsium. Apabila kita mengambil sebanyak 227 gm tauhu, bererti kita telah mengambil sebanyak 38 peratus keperluan kalsium untuk tubuh dalam sehari. Selain daripada itu, tauhu juga menjadi sumber zat besi yang baik selain kalium,natrium,vitamin  B dan E.


Feel good,look good in just 14 days


Perkembangan ini sudah tentu menjadi berita baik kepada penggemar tauhu dan berhasrat untuk menurunkan berat badan dan mengamalkan diet. Menu hidangan yang lazat dan mudah.

tauhu telor/tauhu jepun masak taucu

Tauhu goreng singapura


5 ulasan:

Suzie berkata...

emmmm....memang sedap.....semua suka

NzA berkata...

sy lbh suka tauhu telur...nyum..nyum...

puanbee berkata...

goreng tk lembik lah kan ct , pastu sumba segala sayur kat tengah cicah sos dah sedap bee sukaaa

rizaros berkata...

ya allah sedapnyA tauhu ni.. nnt nk masak jugak lah :P

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

tauhu telor @tauhu jepun tu memang feberet i tau....

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/