Rabu, 11 Mei 2011

Makanan di jual, di kutip dari tong sampah


Tengok berita terkini TV3 pukul 12 tengahari tadi, rasa nak keluarkan balik air yang sedang diminum. Sebabnya barang-barang yang disyaki telah dibungkus semula tu jenama minuman yang aku sedang minum sekarang. Sampai hati betul orang yang melakukan perkara tersebut.


'Mereka telah mengutip makanan yang sudah tamat tempoh tarikhnya dari tong sampah sampah, kemudian menjual barang tersebut setelah dibungkus semula. Kegiatan tidak bertanggungjawab ini dilakukan oleh sebuah keluarga yang beroperasi  dari sebuah banglo di Gombak Selangor sejak setahun lalu. Risikan dan intipan telah dibuat selama seminggu oleh 10 penguatkuasa KPDNKK cawangan Gombak dan telah melakukan serbuan premis itu malam tadi.Berbagai jenama terkenal ubat gigi,susu segar,susu pekat manis,shampoo dirampas. Berdasarkan keadaan bungkusannya ianya dipercayai dikutip dari tong sampah dan tempat pelupusan sampah. Serbuk coklat yang telah rosak  pula dibancuh semula dan dijadikan ais krim buatan sendiri kemudian dijual kepada pelajar melalui penjaja di luar sekolah. Menurut Pengarah penguatkuasa KPDNKK Selangor, Osman Nawab siasatan awal mendapati barangan itu dijual kepada pengusaha warung, restoran dan kedai runcit.Hampir 4 ribu barangan berjumlah tiga puluh ribu ringgit telah dirampas.'
Susu Ducth Lady ada perasa baru?

14 ulasan:

NzA berkata...

MasyaAllah...sampai hati manusia nie..mrk xingat akhirat ke????

mommylavender berkata...

tak tengok berita tadi...aduiiii dasat betul mnusia sekarang...bt ape saja kerana duit...dah jadi hamba abdi duit tnpa perikemanusiaan langsung.....

nabilah_2908 berkata...

Ya Allah....apa nak jadi dgn manusia ni...

dah tk selamat skrg ni kan...nk makan pun kena hati2...

adakalanya makanan yg halal pun boleh jadi haram....

yg asli boleh jadi tiruan...

haih...merisaukan....

Ummi Hanie berkata...

ishhh..keji nye..sampai hati jual kat org mknn sampah ??

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

ya ka ni?mlm ni mesti ada lg kan dlm berita..nak tngk lah...

kakyong berkata...

macam ni orang sanggup buat... mana hilangkan waras akal depa nih


n3 terbaru kakyong
Drama Nora Elena vs novel Kasih yang suci
Anak dara ku dah macam boboi ker… ;)
Cepat mengaku.. sapa yang antor ni

Papa Mifz berkata...

ha biar betoi...sakit la perut bdk2 yg makan aiskrim tuh...huhu

salam kenal dr papa mifz yer..:)

Bionic women berkata...

tergamaknya mereka ni kan...
suatu hari nnti mesti terkena kat anak cucu mereka plak..saper tahu

Jendela Hati berkata...

laa apa nak jadi dgn manusia skrg?huhu

CIK TOM berkata...

cik tom tgk berita tadi..geli nya...ish2...pe la diorang ni..ambil kesempatan...

Yati berkata...

Teruk bebenor la dia orang ni. Peliks juga dengan orang-orang camni.

Yoon berkata...

what?!!! mcm ni punya org pun wujud ke?? yang risau tu, jual kat budak2 sekolah pulak tu... kesiannya...

Led berkata...

tu yg nmpk. yg tak nampak. patut la bebudak skg perangai mcm sampah...

Amoi_Soya berkata...

kalau x pasti mknn/minuman tu elok ke x...mulakanlah dengan bacaan Bismillah..(paling kurang lah)..kalau nk panjang, bc doa mkn minum. bacaa dgn betul2.jgn la dgr mcm "biss...rahim"..kalau org dgr x jelas, mksdnya kita sebut pun x jelas...tp xde la smp kuat2 sebut. cukup la jelas di pendengaran kita. bkn ke cara tu dpt didik org sekeliling kita. kalo kita x mulakan dulu, sapa yg nk mulakan, kan? kan? InsyaAllah....bila kita mulakan apa2 pun dgn niat beribadah pd Allah, nescaya kita akn selamat dunia akhirat. InsyaAllah kita xkn termakan mknn/minuman kotor.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/