Sabtu, 7 Mei 2011

"Selamat Hari Ibu".Dah dapat hadiah?Saya dah dapat.


Ibu,
tunjang keluarga yang tidak kenal penat lelah dalam membesarkan anak-anak dan menghidupkan sesebuah keluarga.Memang benar jasa-jasa ibu seharusnya dikenang sepanjang hayat bukan dalam satu hari  sahaja. Lapangkan masa untuk meraikan ibu tersayang.Cara yang paling mudah ialah dengan menziarahnya, meluahkan kata-kata sayang atau menghadiahkan sesuatu yang istimewa. Tidak tahu apa yang hendak dihadiahkan? Cenderahati buat Bonda memberikan ilham hadiah istimewa untuk ibu. Tentu ibu akan tersenyum dan gembira dengan hadiah tersebut.


Selalunya pada 'Hari Ibu' Ct akan dapat kad dari anak yang sekolah tadika.Sebab tadika mereka akan mengajar membuat kad hari Ibu.Tahun ini tak sangka Hubby sangatlah bermurah hati memberi hadiah sempena 'Hari Ibu'.Selalunya Hubby hanya memberi ucapan sahaja sebelum pergi kerja.Hubby kata disebabkan Ct sekarang ini dah jadi penulis (dalam blog ) dia hadiahkan pen.Ct pun tak tahu bila nak gunakan pen ini.Rasa-rasanya Ct gunakan bila pergi sekolah anak untuk tandatangan kad kemajuan ajelah nampaknya. Lagi pun Ct menulis bukan gunakan kertas dan pen tapi gunakan keyboard lappy.

Pen Sheaffer  (3 Sheaffer friends of winter)

Sebenarnya Ct teringin nak Hubby belikan Lappy lagi satu,tak perlulah nak berebut dengan dia.Untuk makluman semua, ada jadual bila nak gunakan Lappy dalam rumah.Selalunya waktu Ct dari pagi ke petang.Tak ada lah sepanjang masa tu menghadap lappy.Sambil-sambil tu kena layan baby menangis,anak nak makan dan macam-macam perkara yang memeningkan kepala dibuat oleh askar-askar dalam rumah ini.Kadang-kadang tu bila nak berblogging satu tangan menaip,lagi satu tangan membuai anak.Kalau tidak alamatnya tak dapatlah menziarah kawan-kawan maya Ct.Masa Hubby pula dari petang ke malam tak boleh kacau. Mungkin hadiah Lappy tu kena tunggu birthday Ct lah kot.Walau apa pun


"TERIMA KASIH SUAMIKU"

11 ulasan:

puanbee berkata...

kalau boleh pakai ptg ke mlm dah rilex sikit kan ct ank2 pun dh tk byk ragam dan tidur ...insyallah nantidapat , bee dapat hadiah dr aliya dari bulan 4 lagi , mcm2 hadiah dia kasi

bersama kak Es berkata...

setuju ngan puan bee...
tukar shift lah. pagi sibuk..malam dah boleh relax gayut2 kat lappy hahaha

Faez Rusni berkata...

yup2...doakna akak dapt lappy baru..

ad cite pasal ibu dalm blog saye..
jemputla singgah ye
http://faezrusni.blogspot.com/2011/05/cerita-kuih-pau-dan-mama.html

kakyong berkata...

ct,
selamat hari ibu.. bstnya dpt pen tu..

kakyong pun sama la ct, ngadap lappy on & off, sambil tgk2 kan anak2, sambil buaikan anak.. kdg2 aliya BF sambil kakyong online... hehehhe... gigh la konon tu... & ade masa off terus & settlekan semua kerja rumah cepat2...

Jendela Hati berkata...

sy lak dr pg ke ptg dok ngadap pc kat opis yg tiada tenet. so kena balik umah br bole. mlm bila anak2 tak ngacau br leh ngadap blog huhu.. moga2 ct dpt lappy br hehe

Ummi-Izah berkata...

selamat hari ibu ct...huhu nari takder pape yg special...anak2 pun tak bagi kad sebab kat tadika cikgunya tak pro aktif....cik abe pulak pepagi dah kuar main beskal...dia cuma wish kat fb jer semalam..

ct N honey berkata...

@Ummi-Izah
ada juga ucapan dari hubby,tandanya dia ingat lah tu

ct N honey berkata...

@Jendela Hatiharap-harap termakbul lah permintaan ct ni,nanti barulah senang tak berebut dgn hubby

ct N honey berkata...

@kakyongkalau macam tu mmg kakyong dapat rasa mcm mana yang ct rasa tiap-tiap hari..

ct N honey berkata...

@bersama kak Estak boleh lah... dah buat perjanjian,kalau nak ada blog tak boleh kacau masa hubby.

ct N honey berkata...

@puanbeeptg dan malm hubby baru blk keje,sbb tu time dia pula ngadap lappy.seronokkan dpt hadiah dari anak2 rasa dihargai...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/