Ahad, 8 Mei 2011

Takdir atau balasan Allah



Anak Kartika Sari Dewi hilang
2011/05/08,SUNGAI SIPUT: 
Anak sulung bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi, yang dilapor hilang semalam dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Perak.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt Azman Salim, berkata kehilangan Muhammad Azfar Muhammad Affandi, 9, disedari pada 12 tengah hari semalam oleh keluarganya lalu melaporkan kepada polis.


"Gerakan mencari dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Rela dan penduduk kampung sehingga tengah malam tadi gagal menemui kanak-kanak itu," katanya.

Beliau berkata, Azfar dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Perak kerana ketika kejadian dia tinggal di inap desa milik keluarga mereka di sini yang terletak berhampiran sungai itu.

Siapa Kartika Sari Dewi?..

Wanita berusia 32 tahun yang dijatuhi hukuman 
denda RM5,000 dan enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating.



Biarpun ada pihak mempertikaikan hukuman tersebut, Kartika pula pasrah dengan apa yang diputuskan oleh mahkamah.

Keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus itu mengikut Seksyen Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Seingat Ct hukuman itu tertangguh-tangguh sampai sekarang kan?

11 ulasan:

kakyong berkata...

bukan dia kena buat khidmat masyarakat ker ??!! :)

apa2 pun tak baik berburuk sangka , sbb semua kejadia ni dr Allah. semoga bertemu anak yg hilang.



n3 terbaru kakyong
Majlis resepsi Fazreen Rafi & Sy Marlina
Majlis resepsi Zed Zaidi dan Natalia
BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011

Budak Botak berkata...

semoga dia dah insaf. Cian la pulak anak hilang...

Entry terbaru -> 10 Baju Pelik dan Kreatif... (",)

Tanpa Nama berkata...

Kesian nya, moga anak dia di jumpai dan selamat...huu huu.

BabyIntan berkata...

Alamak, sowi dear, masa nak komen tadi tertekan 'Tanpa Nama berkata...' hee hee :D

Eden lah ore nyo itu ;)

Tanpa Nama berkata...

Jgn babitkan dengan anak itu sb anak itu tidak bersalah.

nabilah_2908 berkata...

alahai.....moga dia bertemu kembali dgn anaknya...

bab balasan....itu antara dia dan Allah...hnya Allah sahaja yang mengetahui...


jom ke APA KATA HATI pulak ;
NASI AYAM UNTUK IBU

SuhaimiKassim@teruna9752 berkata...

mungkin ada hikmah disebalik sesuatu musibah yang berlaku...hannya Allah sahaja yang tentukan nasib dan ajal seseorang

NzA berkata...

dh takdirnya begitu...turut brsimpati.

Ummi Hanie berkata...

baru tgk kat berita td...xperasan lak ibu arwah tu si Kartika ni..
apapun redha jelah pemergianNya...budak2 takde dosa

p.s : sy dah jwb soklan kak ct pasal iklan adsniaga tu di blog sy (reply di komen)

Yati berkata...

Anak dia meninggal, kan. Innalillah..

sobri yaacob berkata...

semoga kartina dan skluarga sentiasa dalm keadaan sejahtera dan drahmati allah. :)

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/