Sabtu, 11 Jun 2011

2 produkTaiwan dan produk Cosway ditarik balik mengandungi DEHP

KUALA LUMPUR, 10 Jun - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan syarikat Delitea Sdn Bhd supaya memanggil balik dua produk import dari Taiwan yang disyaki tercemar bahan kimia di (2-ethylhexyl) phthalate (DEHP).



Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hassan Abdul Rahman berkata pada 8 Jun lepas, pihak Taiwan Food and Drug Administration (FDA) memaklumkan bahawa dua produk makanan iaitu Strawberry Pudding Powder dan Strawberry Pudding yang dikilangkan oleh syarikat Signwin Food Enterprise, Taiwan disyaki dicemari DEHP.

“KKM mengarahkan syarikat Delitea Sdn Bhd untuk memanggil balik produk makanan tersebut dengan kadar segera dan sampel makanan terbabit telah diambil untuk dianalisa DEHP.

“Produk tersebut hanya akan dilepaskan sekiranya hasil analisis mendapati ia tidak tercemar DEHP,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, KKM menasihati pengguna yang telah membeli produk itu supaya tidak memakan produk makanan terbabit sehingga keputusan diberitahu kelak.

Dalam pada itu, Dr Hassan berkata KKM telah mengesahkan enam produk makanan keluaran Taiwan yang disyaki tercemar, tidak mengandungi DEHP.

Katanya produk makanan terbabit daripada satu yang diimport dari Cocon Food Industries Sdn Bhd iaitu Jelly Powder dan lima produk lagi dari Ho Chuan Trading iaitu Coconut Ice, Frozen Cofee, Honey Alovera, Mango, Kumquat, Peace Juice dan Agar-agar.



Sementara itu, Dr Hassan turut memaklumkan bahawa hanya satu daripada dua produk Cosway (M) Sdn Bhd yang dianalisis disahkan mengandungi DEHP.

Oleh yang demikian, KKM telah mengarahkan syarikat itu supaya melupuskan produk Oriyen Nutri Grow (Boy) Orange Drink Premix, 330g (code : 36135) manakala produk Oriyen Nutri Grow (Girl) Cranberry Drink Premix, 330g (Code : 36136) selamat digunakan.


“Bagi pengguna yang telah mengambil produk terbabit (Oriyen Nutri Grow (Boy) Orange Drink Premix, 330g (code : 36135) sebelum ini, KKM menasihatkan supaya tidak perlu khuatir kerana risikonya kepada kesihatan adalah rendah,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai agar tidak khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan kawalan telah dikenakan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut termasuk senarai produk makanan keluaran Taiwan terlibat, orang ramai boleh melayari laman sesawang http://moh.gov.myatau http://fsq.moh.gov.my dan menghubungi Bahagian keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian di talian 03-88833652/03 -88833653.
VIP test drive session (Click here)



3 ulasan:

Jendela Hati berkata...

Thx ct for the info.

puanbee berkata...

tak pernah beli produk ni nasibb

mommylavender berkata...

salam petang ct~ info yang baik, walau mommy tak penah beli....

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/