Rabu, 15 Jun 2011

Akhirnya Skop Production ingin berdamai dengan Pekida


PETALING JAYA: Pihak Skop Production akhirnya mengambil jalan tengah apabila mahu berdamai dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) selepas filem KL Gangster terbitan syarikat itu dikatakan mempersendakan pertubuhan berkenaan.



Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Pekida Jumaat ini di Restoran Haslam, Jalan Pahang, dekat sini untuk mencari jalan perdamaian agar masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik.


“Pertemuan ini dibuat atas tujuan untuk berdamai antara pihak kami dan Pekida. Kalau boleh kami mahu menjernihkan konflik yang telah berlaku itu.

“Saya percaya, apabila kita dapat berinteraksi, mereka akan faham situasi kami sebenarnya iaitu penghasilan filem KL Gangster tidak menyentuh atau menghina mana-mana pihak dengan sengaja,” katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Tambah Yusof, dengan cara bermusyawarah, dia berharap tiada ketegangan atau salah faham yang akan berlaku di antara Skop dan Pekida pada masa akan datang nanti.Baca selanjutnya (Klik sini)

Komennya tentang kutipan KL Gangster “Alhamdulillah, saya yakin dalam seminggu ini, kami mampu mencapai kutipan sebanyak RM8 juta dan ia merupakan sebuah fenomena baru dalam industri perfileman tempatan dari segi kutipan serta kualiti filem tersebut. Tahniah Skop Production diatas kejayaan itu.

7 ulasan:

Hanif berkata...

Nak buat bising...
Terasa lka pekida...
Kalau tgk cita kongsi pun lagi tersa kat pekida...hehhee

Floppy Flammer berkata...

Nasib baik aku bukan pekida. Haha. Dah follow..

ct N honey berkata...

@Floppy Flammer klu msk pun apa kelebihan yg boleh kita dpt?...

JMR berkata...

pekida ni gangster gk ke??

Jendela Hati berkata...

xpa lah yusuf haslam mintak maap pun, dia pun dah untung 10juta dah filem tu...huhuhu...

Irfan Mokhtar berkata...

@ct N honey X taw la ape kelebihan nye. Agenda nye ape ye? Nak martabatkan Melayu ke Islam? Ke nak jadi triad atau gengster etc. Oh malas nak amek taw..
Hidup macam biasa lagi elok.

burunghantu berkata...

kalau x tau, x payah amik tau..
lau nk tau join dulu.
pada sesapa yang blom join mana2 pertubuhan di galakkan jgn ambik tau..lau nk sembang pasal benda ni..kamu belum layak..

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/