Selasa, 21 Jun 2011

'Antara Kita' lagu tema Stanza Cinta versi asal


Selain lagu Kisah Hati dari Alya, lagu Antara Kita juga telah terpilih sebagai lagu tema Stanza Cinta yang dinyanyikan oleh Nikki Palikat berduet dengan Jed Madela. Lagu itu merupakan karya asal Filipina “Kailangan Kita” oleh Ogie Alcasid. Lagu ni begitu popular di sana dan telah dinyanyikan semula oleh ramai artis ternama Filipina. Manakala bagi versi bahasa melayu susunan muziknya dilakukan oleh Sharon Paul dan Fedtri Yahya sebagai penulis liriknya.



Oleh kerana lagu versi Bahasa Melayu dari Jed dan Nikki belum keluar, kita dengarkan dulu versi Tagalog dari Gary Valenciano ni. Walaupun tidak memahami liriknya saya pasti melodinya yang cukup indah dan romantik, pasti menyentuh kalbu…:)

Beliau mempunyai pesona hebat di Filipina. Kehebatan vokalnya diperakui banyak pihak bahkan pada 2005 merangkul enam pingat emas untuk kesemua kategori yang dipertandingkan di World Championships of the Performing Arts (WCOPA) di Hollywood. Dia juga menjadi artis Filipina pertama dinobatkan gelaran terunggul, Grand Champion Performer of the World di pertandingan sama.


8 ulasan:

Nizam berkata...

suka tengok citer ni... :)

Nur berkata...

Yati terlepas tengok citer ni haritu. TV pun tak tengok sepanjang pi bertapa hari tu. Bosan betul. :)

ct N honey berkata...

@Yatidownload aje,klu ada masa nanti ct buatkan

ct N honey berkata...

@Nizam
saya pun tgk episod 1 minggu depan bolehlah tgk lagi

puanbee berkata...

wah ct korek mana info ni memang best lah ct terbaik..

puanbee berkata...

kak ct bee share ni ye bg backlink.. terima kasih :)

ct N honey berkata...

@puanbee
seharian cari ni,tapi utk lagu versi melayu mmg belum keluar

ct N honey berkata...

@puanbee
sama2lah kita share.tq