Selasa, 28 Jun 2011

Datuk Michelle Yeoh disenarai hitamkan di Myanmar


BINTANG Hollywood, Datuk Michelle Yeoh diusir keluar dan disenarai hitamkan oleh negara Myanmar.
Menurut sumber, Michelle Yeoh diusir selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon.

“Sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, Michelle terus diusir dan tidak dibenarkan lagi untuk masuk ke negara tersebut,” kata sumber itu yang merahsiakan identitinya kepada pemberita.



“Pelakon itu sudah disenarai hitamkan di negara ini,” kata sumber kedua pula.

Bagaimanapun, sebab-sebab pihak Myanmar bertindak sedemikian terhadap pelakon itu tidak dijelaskan.

Pada Disember tahun lalu, Michelle telah berjumpa dengan pejuang kebebasan Myanmar, Aung San Suu Kyi di rumah pemenang Anugerah Nobel Keamanan di Yangon selepas merakamkan beberapa babak filem mengenai pejuang demokrasi, arahan pengarah Perancis, Luc Besson, di Thailand.


Dalam filem tersebut, pelakon berusia 48 tahun itu berlakon sebagai Suu Kyi yang menunjukan perjuangan tokoh itu dan ia mungkin ditayangkan hujung tahun ini.


Bekas ratu cantik Malaysia itu mula dikenali apabila membintangi filem James Bond pada tahun 1997 dan mencipta nama melalui filem Crouching Tiger, Hidden Dragon juga Memoirs of Geisha.melayukini dan meow





7 ulasan:

Ameh Wahab berkata...

Michelle Yeoh ni super duper ruper cuper senior saya masa kat skool dulu...hehehehe..

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

suka tngk muka dia...cam best ja...iklan susu tu..sempoi lah...

Yati berkata...

Oh, di blacklist la pula. Tapi rasanya, tak terjejas kot dia kalau tak dapat masuk Myanmar. Mungkin sebab dia bawa watak tu kot, kan.

ct N honey berkata...

@Ameh Wahab
tentu masa tu dia dah ramai peminatkan?

ct N honey berkata...

@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
kita tunggu lah tayangannya

ct N honey berkata...

@Yati
biasalah negara ala2 komunis ni..kena ikut cara dia aje,rasanya pun tak terjejas kot,apalah sgt yg ada di negara myanmar tu...

Jendela Hati berkata...

alahai kena halau lah pulak. rakyat dorang ramai dh kat sini...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/