Ahad, 26 Jun 2011

Hati-hati jika suami terlebih romantik

Sekiranya suami anda tiba-tiba menunjukkan rasa cinta dan sayang yang luar biasa, jangan cepat berasa gembira, lebih-lebih lagi sekiranya perkahwinan sudah masuk tiga tahun atau lebih. Ingat, bukan semua macam tu ye...kadang-kadang.....

Pertama: Cara dia memanggil anda. Sekiranya satu petang suami pulang dari pejabat dan memanggil anda dengan panggilan manja seperti baru lepas kawin, anda kena berhati-hati. Sudah sekian lama panggil Bedot atau Mak Budak, tiba-tiba panggil adinda, ayang, anja dan gelaran lunak yang lain. Mesti ada apa-apa.


Kedua: Pemberian yang tak diduga. Sejak kawin hingga anak setengah dozen tidak pernah suami memberi hadiah. Maka jika satu hari dia membawa hadiah pulang kerumah dengan bungkusan berikat reben dan berkata "Happy Birthday, Sayang". Padahal bukan hari jadi anda, dan dia cuma berkata anggaplah hadiah hari jadi tahun depan. Mesti ada apa-apa walaupun hadiahnya semahal  Samsung-Galaxy 2


Ketiga: Romantik sakan. Tiba-tiba balik dari pejabat terus cium pipi isteri. Pantang bertentang mata terus kenyit-kenyit macam zaman cintan dulu. Dalam waktu yang sama tidak habis memuji kecantikan isteri. Walaupun sesetengah pujian itu langsung tidak masuk akal, ye lah ada ke dikatakan rupa macam Lady Gaga Lain macam aje bunyinya. Mesti ada apa-apa.

Keempat: Puji masakan sedap. Biasanya setiap kali makan ada sahaja yang tidak kena dengan masakan isteri. Pendek kata ada saja komplen. Maka hendaklah berhati-hati apabila satu hari suami nampak berselera dari biasa sambil memuji masakan isteri. Mesti ada apa-apa.

Kelima:Terlebih prihatin. Tiba-tiba dia terlebih sibuk. Tanya kesihatan isteri. Tolong picit dahi isteri.Tolong urut lengan. Mesti ada apa-apa.

Kalau tidak ada ribut atau Tsunami, tiba-tiba lima perkara ini terjadi pada suami anda. Hati-hati.Mesti ada apa-apa.Sekurang-kurangnya ada tiga kemungkinan.

Pertama:Suami buang tebiat. Tetapi kemungkinan ini tipis sekali, lebih-lebih lagi sekiranya dia nampak sihat dan selama ini tidak ada masalah.

Kedua:Mengharap pertolongan anda. Mungkin dia memerlukan sejumlah wang atau boleh jadi mahu menggunakan nama isteri untuk membuat permohonan pinjaman bank.

Ketiga: Dot,dot,dot. Ini paling bahaya. Dia mungkin hendak mendapatkan keizinan untuk kahwin baru!

Sebagai isteri, dalam menghadapi situasi seperti ini, anda pun mesti pandai berlakon. Carilah apa sahaja alasan supaya kemungkinan ketiga itu tidak terjadi.

10 ulasan:

Princess Nur berkata...

ehehhee...tips yg bagus =)

mel haslina amir berkata...

ha..ha..ha..mmg bahaya..awas,,,,heee

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

tips ini boleh diguna pakai sgt2...hehehe..tq ya..

ct N honey berkata...

@Princess Nur
sama2lah kita berkongsi info..

ct N honey berkata...

@mel haslina amir
awas...tapi jgn buruk sangka..

ct N honey berkata...

@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
hati-hati lah ye..tapi jangan terus marah pula hubby kalau dia buat cam tu,manalah thu dia mmg iklas buat pula masa tu...

soooooour berkata...

mungkin Allah bg hint kat si suami supaya lebih menghargai isteri sebelum sakaratul maut menjemput..boleh jd juga....

ct N honey berkata...

@soooooour
mungkin juga,tapi selalunya para isteri ada naluri istimewa, dia akan dpt rasakan klu suaminya buat something lain sikit dari biasa.

Jendela Hati berkata...

seronok dgr camnie selamanya

ct N honey berkata...

@Jendela Hati
seronok yg mana satu?suami romantik ke? atau suami nak satu lagi..he..he..he..

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/