Khamis, 9 Jun 2011

Kebaikan SMS terhadap anak remaja


Menghadapi usia remaja adalah tempoh yang paling mencabar. Jika tidak ditangani dengan bijak, ia mampu mempengaruhi seseorang di peringkat dewasa. Dalam menghadapi anak remaja, kita tidak boleh terlalu pengikut perasaan. Jika kita banyak melarang kita akan dianggap sebagai terlalu mengongkong. Jika sering menegur, kita akan dilabel sebagai yang suka berleter. Lazimnya mereka enggan memberi perhatian kepada apa yang hendak kita katakan. Bagi mereka, kehadiran teman-teman mengatasinya. Ibubapa dianggap sebagai generasi lama yang tidak mampu memahami apa yang sedang mereka lalui.



Jika anak anda tidak suka dileteri, ada cari berkomunikasi dengannya. Salah satu cara mudah ialah SMS.
Tidak dinafikan, anak-anak lebih suka untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan. Sebagai ibu bapa, pastinya sering bimbang akan diri mereka. Hanya hantarkan SMS untuk bertanya di mana dia berada dan pukul berapa dia akan pulang. Dia akan merasakan yang anda memberikannya kepercayaan sebagai seorang dewasa. Ini akan mengajarnya erti tanggungjawab.

Undilah gambar yang cute (Klik sini) dan pilihlah yang mana anda suka (Klik sini)

Memiliki telefon mudah-alih satu cara untuk memdidiknya menangani soal kewangan dengan bijak. Jika dia menghabiskan masa ditelefon sehingga bil melambung tinggi, dia harus diajar untuk tidak bergantung kepada ibubapa untuk menyelesaikannya.


Walaupun mereka kelihatan sudah pandai mengatur hidup sendiri, hakikatnya mereka masih memerlukan perhatian kita. Tak salah jika sesekali menghantar SMS untuk menyatakan sayang kepada mereka. Cukup untuk membuat merasakan yang dirinya tidak pernah diabaikan.

Ternyata, SMS begitu mudah digunakan untuk merapatkan jurang dengan anak remaja kita. Anda pastinya takkan dilabel lagi sebagai ibubapa yang hanya tahu berleter!

4 ulasan:

Umedia Network berkata...

Like this entry. huhu.

dan jangan lupa follow blog kami dan post comment sikit atau kritik blog kami. huhu. ni link blog kami

(www.umedianetwork.blogspot.com)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

baguih no...sharing is caring kan...

puanbee berkata...

nanti si kakak besar sikit kot baru boleh sms

Jendela Hati berkata...

ct, ank sy darjah 3 takde hp tp guna hp nenek msg2 kat kami.huhu

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/