Rabu, 29 Jun 2011

Kenali Peserta Akhir Imam Muda 2


Program Imam Muda tercatat sebagai progam anak tempatan yang pertama mendapat perhatian media antarabangsa dengan jumlah semakan di google 1.7 juta.

Imam Muda adalah sebuah konsep siri pencarian televisyen yang dihasilkan oleh Astro dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), bertujuan mencari IMAM muda yang terbaik di Malaysia


2 peserta yang berjaya keperingkat akhir ialah Imam muda Hassan dan Imam Muda Nazrul. Siaran akhirnya akan dapat kita tonton pada hari Jumaat ini.Mari kita berkenalan dengan 2 peserta ini


Imam muda Hassan
*Dilahirkan di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak pada 17 Februari 1985 dan merupakan anak kelapan daripada 9 beradik.
*Nama penuh ialah Hassan Adli Yahaya
*Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Wangi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peingkat menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh Perak.
*Seorang Graduasi Jurusan Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Al-Quran dan Hadis, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.
*Seorang Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa dan merupakan Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor dan merupakan Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang.
*Berpengalaman luas dalam bidang taranum dan merupakan salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat.
*Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu. Sering mendapat undangan untuk membuat persembahan nasyid dan taranum di sekitar Lembah Kelang.
*Mempunyai minat yang tidak berbelah bahagi dalam jurusan agama terutamanya dalam mengkaji aplikasi-aplikasi ayat al-Quran didalam realiti sains dan kehidupan.
*Baca kata-kata iklas dari sahabat baik beliau


Imam muda Nazrul

*Dilahirkan pada 20hb Jun 1985 dan merupakan anak kelahiran Segamat, Johor.
*Nama penuh ialah Nazrul Izwan bin Zolkiflee.
*Beliau berkelulusan Diploma Pengajian Islam dari Kolej Pengajian Islam dan Dakwah..
*Kini, merupakan seorang Guru Besar di Sekolah Rendah Agama Rakyat Nur Al-Syahadah, Taman Terus Maju di Perak.
*Seorang yang peramah dan bertanggungjawab kepada masyarakat, hal ini terbukti dengan pelantikan beliau sebagai Rukun Tetangga bagi Seri Manjung IV (Fasa 3C).
*Sering menjadi Imam bagi surau serta masjid di sekitar Seri Manjung umumnya dan juga sentiasa memenuhi jemputan ceramah motivasi, kelas pengajian Al-Quran, ceramah umum yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat, pengerusi majlis, pengacara majlis.

Di antara insentif dan hadiah menarik yang bakal menanti Juara Imam Muda ialah penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, wang tunai RM 30,000, sebuah kereta, pakej menunaikan Haji dan Umrah, beserta hadiah sampingan yang lain. Kesemua hadiah yang bakal diterima oleh Juara Imam Muda bernilai lebih RM 350,000.



8 ulasan:

Farhana Jafri berkata...

aritu imam muda dtg KUIS!! hik3.. suke2.. syg la xdpt dgr dorng pny khutbah.. kn best klau dorang dtg wt ceramah trbuka.. klau dpat wt suami mmng sejuk ati umi.. hik3

jemput singgah ANASAURUS :)

Azalina M.Salleh berkata...

semoga berjaya untuk bakal imam muda 2 (nazrul) .. kebanggaan orang kampung saya ni...

Jendela Hati berkata...

bangga tgk kedua2 imam muda nie

Suzie berkata...

Best..best saya suka Nazrul tapi memula suka Fazrul tapi tak ada rezeki dia.boleh tgk kat channel 188 jumaat ni ...

ct N honey berkata...

@Farhana Jafri
tak pe lah tak de rezeki...

ct N honey berkata...

@Azalina M.Salleh
satu kg ye..

ct N honey berkata...

@Suzie
saya suka hassan..

Nurul Farhana berkata...

tahniah imam muda hassan....
mmemang sesuai utk jdi imam muda....
cOz ade sifat kepimpinan yg mulia....
moga menjdi pemimpin yg mengamalkan undg2 islam yg ditetapkan di dalam al quran....
insyALLAH....

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/