Rabu, 8 Jun 2011

Luahan orang berdosa diambang kematian


Bagaimana ya, jenazah saya dimandikan?
Bayangkan perlu disiram cecair peluntur, pengurusannya penuh berhati-hati, penuh ketakutan sebetulnya! Segala milik saya atau keperluan mengurus jenazah saya dibakar atau ditanam selepas itu. Bayangkan betapa menakutkan orang seperti saya. Apabila tidak bernyawa tetap mengerunkan.

Dulu masa sihat, masa kencang, puas dah membuang anak. Sekarang saya anggap saya dapat pembalasan tunai daripada Tuhan. Tak apalah minta-minta ringan sedikit di sana nanti! Perkara dah terjadi, saya terima seadanya. Nak menangis air mata darah pun tak guna. Jikalau ada kelapangan saya buat amal. Emm.. memang orang akan mengutuk saya berbakul-bakul. Alah budak dadah, bohsia nak bertaubat. Tapi peduli apa, itu antara saya dengan Tuhan. Kubur masing-masing sendiri jagalah!


Sakit memang sakit. Kotor dan jijik satu perkara juga. Terima sahajalah, macam kata emak saya.. semua ini saya yang cari. Sengaja menempah penyakit.

Bertaubah macam mana?
Itu antara saya dengan Tuhan. Buat apa nak tahu! Kadangkala saya bingung, menyesal tak sudah-sudah, mengapa saya melayan nafsu sekadar untuk sesaat dua. Mengapa saya mesti bergantung hidup pada ganja dan dadah? Membunuh janin tak berdosa. Tetapi apabila difikir-fikir semula, jikalau bayi-bayi itu hidup tidakkah saya menyeksa mereka. Hidup mereka merana mendapat ibu seperti saya. Entahlah saya bingung. Untuk itu, saya reda dengan apa yang sudah berlaku. Menangis meraung-raung pun tak guna.

Kata ustazah, waktu ini saya harus gunakan sepenuhnya. Bertaubat, berdoa dan beribadah selagi terdaya, namun terfikir juga sejauh mana taubat dan sembahyang saya diterima Tuhan. Saya kotor. Manusia lain jijik memandang saya. Yang memaki, mencarut lebih ramai daripada simpati. Mahukah Tuhan mengampuni saya?


Saya fikir positif. Malas nak fikir yang bukan-bukan. Tetapi yelah, kita ni manusia...apabila terkenang detik kekasih saya mati sebab Aids, ngeri saya. Macam itukah saya esok? Badannya lembik macam sayur. Kudis penuh satu badan. Jikalau tak sanggup, muntah hijau tengok jenazahnya.

Orang lain mati kuburnya ditabur bunga, rohnya dikirim doa. Saya mati esok mungkin kubur diludah orang. Tak apalah, jikalau Tuhan panjangkan umur saya, mungkin menggunung dosa saya. Apabila jadi begini, setidak-tidaknya saya sempat memohon membersihkan diri seadanya. Jikalau dengar saya dah tak ada, ingat-ingatlah saya dalam doa ya. Kasihan saya disana nanti.

7 ulasan:

syaz@rozelt berkata...

huhu..sadis je bce..nak komen lebih2 pon kte sendiri pon bukan baek sangat kan?huhu

NzA berkata...

Allah Maha kuasa lagi penyayang...DIA yg maha mengetahuai...

Mila@Rimbun berkata...

Dosa2 zina, membunuh etc tak sebesar dosa syirikkan Allah... dan Allah itu maha pengasih dan pengampun

puanbee berkata...

sedih pulak kan tapi kalau ada masa bertaubat kira beruntung lah tuhan masih sayang kan mereka ...

ct N honey berkata...

@Mila@Rimbun
tanggungjawab kita hanyalah beramal kepada Allah,hanya Dia yang menentukan amalan kita diterima atau tidak

ct N honey berkata...

@puanbee segala yg berlalu itu ada hikmahnya

ak yuyunz berkata...

masih ada masa.. :)

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/