Selasa, 21 Jun 2011

Panduan jika mengandung luar nikah


Bayi yang masih merah dan masih mempunyai tali pusat, dibungkus dengan suratkhabar lama, kemudian diletakkan ditempat pembuangan sampah untuk dimakan semut dan dihurung lalat.

Siapa yang bersalah? Jika ini ditanyakan, cepat sahaja jari menunding pada orang perempuan. Merekalah yang mengandung tanpa ikatan perkahwinan dan akhirnya melahirkan bayi yang tidak diingini. Mudah sangat mengandung tetapi tidak mahu bertanggungjawab atas bayi yang dikandung. Pusing macam manapun perempuan juga yang kena.



Kenapa salahkan wanita sahaja? Benar, wanita yang tersilap kerana mengandung di luar nikah. Tetapi wanita tidak boleh mengandung dengan sendiri. Sama ada berkahwin atau diluar ikatan perkahwinan, lelakilah yang membuatkan wanita mengandung. Hilang cinta, hilang janji, lelaki durjana itu meninggalkan perempuan tanpa pesan.

Dapatkan tiket ke Hong Kong Disneyland atau ipad, play station 3,ipod Touch

Bayangkan betapa deritanya seorang gadis dengan kandungan yang makin membesar, mengharungi hidup sendirian kerana lelaki yang tidak bertanggungjawab menghilang. Kepada siapa dia hendak mengadu? Kawan-kawan lebih ramai yang mengejek dari membantu. Mengadu kepada orang tua dia merasa takut. Dengan keadan tertekan itu, iblis menguasai diri. Satu-satunya pilihan yang terlihat ialah membuang bayi yang tidak diingini itu.

Sambil kita menunding jari dan menyalahkan perempuan, lelaki juga bertanggungjawab dalam masalah ini. Mereka tidak boleh dibiarkan mencuci tangan dan lepas begitu sahaja. Lelaki juga patut diheret sama ke pengadilan. Lelaki juga patut dihukum.

Perzinaan sama ada atas kerelaan dan cinta paling kudus pun, tetap satu kesalahan. Sesuatu yang keji dan terkutuk. Tetapi bayi yang lahir dari perzinaan itu tetap suci dan berhak untuk terus hidup. Memang, mengandung tanpa nikah adalah satu ketelanjuran. Bak kata epatah nasi sudah menjadi bubur. Tetapi apa yang penting sekarang, bubur itu perlu dimakan walaupun pahit. Bubur itu tidak boleh dibuang.

Jika ada yang sedang mengalami masalah ini, mungkin tidak tahu hendak mengadu kepada siapa. Disini ada panduan untuk anda.

Hamil dan sendirian. Apakah pilihan saya?
Pertubuhan pertolongan wanita-Wanita hamil tunggal

Ini hanyalah sebagai khidmat masyarakat yang mampu Ct berikan untuk mengurangkan gejala membuangan bayi yang terlalu serius sekarang ini.

28 ulasan:

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

kesian bayi yg tak berdosa tu kan...sedih la...

Nur anisa =)) berkata...

sedey tgok ank2 yang x berdosa di buang..orng selalu salahkan pmpuan yang buang bayi 2..tp hakikatnye dirng x de care..mak mne x syg ank kan..actly mmng begus entry nie..

Nur Syafiqah Md Takiyudin berkata...

betul.perempuan selalu disalahkan.

SewLove berkata...

kene pula entry ni dgn kes kat ofis pagi nie, ofismate nurul baru je ter'pregnant'kan awek dia, dah sah 6minggu hamil..ni sibuk nk pegi thailand nikah..masalahnye yg laki tu chinese, yg girlnye malay..owh rosak sungguh budak2 skrg..

p/s: hope laki tu x baca entry ni ^ ^

Miss Y and Her World berkata...

kedua-duanya salah, yang menjadi mangsa anak tak berdosa tu. konsepnya teran, bungkus, buang. kesian.

Perempuan Cantik Sebab Mekap?

NzA berkata...

nasib org pompuan gitulh ttp yg salah ttp salah.

fyna berkata...

cian baby tue.
dalam hal nih tak boleh nak salahkan ibu je.



jemput singgah ke belog fyna.
ade segmen.
:)

Puan Kutu berkata...

mmg perempuan patutu disalahkan tpbkn 100% sbb lelaki pun slh jugak!tak sggup lg tgok kes pembuangan bayi yg makin menjadi2..

Izan Ishak berkata...

bila baca entry ni terus teringat cite juvana malam tadi. kesian sangat bila makin ramai yg buang bayi sesuka hati cam buang sampah je kan...

eima berkata...

....... tak dpt byg baby yg kena buang ..sian ...

Farah Shamsudin berkata...

kesian kat baby tuu..:(

.::: mr IQ :::. berkata...

Apa kata buat panduan untuk mengelakkan mendekati zina pulak. Baru selesai masalah. X perlu salahkan lelaki (atau perempuan)
Masalah yg berlaku Adalah kerana masyarakat jauh dare agama Islam.....

ct N honey berkata...

@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
mungkin yg suka buang bayi tu dah tak tahu nak buat apa,jadi jln penyelesaian mudah..buang

ct N honey berkata...

@Nur anisa =))
saya sokong,hrp entry ni dpt menolong mereka yg telah terlanjur,yg tak tahu nak buat apa

ct N honey berkata...

@Nur Syafiqah Md Takiyudin
tapi ingat..seharusnya pertahankan maruah diri sebaik yg mungkin..

ct N honey berkata...

@SewLove
mana yg boleh ditolong tu tolonglah kesian ppuan tu,sekarang ni mesti fikirannya buntu,sekarang ni bukan tanya mcm mana berlaku,tapi bagaimana nak buat....

ct N honey berkata...

@Miss Y and Her World
sepatutnya ada undang2 utk kedua2nya sekali lelaki dan ppuan

ct N honey berkata...

@NzA
benda yg salah memang dah nyata salahnya,tapi kenyataannya walaupun pahit kena hadapi juga..buang bayi bukan jln terbaik....

ct N honey berkata...

@Puan Kutu
hrap2 tak berlaku kepada keluarga dan saudara mara kita.klau berlaku juga carilah jln yg terbaik mengatasinya

ct N honey berkata...

@Izan Ishak
ct tertanya2 bagaimana lah hidup mereka yg buang bayi tu..tak ke rasa bersalah, terbayang2 kah rupa anak yg dibuang tu?....

ct N honey berkata...

@.::: mr IQ :::.
itu tidak dpt disangkal lagi...

puanbee berkata...

betul lah sekurang2nya bila dah buat salah jgn tambah kan lagi :)

Bionic women berkata...

agaknya lah kan..baby yg mati tu, siapalah yg dia nak tuggu kat syurga????? huhuhu

kalau dah mak bapak dowang sendri buang dia..huhu

ct N honey berkata...

@puanbee
tambah dosa besar lagi

ct N honey berkata...

@Bionic women
tak tahu lah ct...

Jendela Hati berkata...

sedih lah baca kisah buang bayi nie... hiba sesgt... mmg betul bila jd camnie, perempuan yg mengandung yg dipersalahkan, lelaki ilang ntah kemana.apa2 pun kedua2 emang bersalah sampai mendekati zina itu.habuannya idup jd tak tentu arah camtu...

iPai berkata...

wanita kena hati-hati .. owh pergi cari persatuan itu ye ? .. info ni penting ni .. ramai yg tak tahu

nelly berkata...

harap nelly dan semua yang lain dijauhkan .
amin ~

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/