Khamis, 30 Jun 2011

Produk Scalogel menang pingat emas di Geneva



Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mencipta satu lagi kejayaan apabila produk Scalogel, ciptaan Pegawai Sains Institut Marin Bioteknologi UMT, Thirukanthan Chandra Segaran, sejenis gel penyembuh luka yang dihasilkan daripada bahan terbuang iaitu sisik ikan talapia yang mampu menyembuhkan luka dengan cepat iaitu 16 hari berbanding 21 hari bagi ubat biasa telah berjaya menggondol pingat emas pada International Exhibition Of Inventions kali ke-39 di Geneva, Switzerland pada 6 hingga 10 April lalu.

Thirukanthan berkata, beliau bersama kumpulan penyelidiknya mengambil masa setahun untuk menghasilkan produk ini dan sedang dalam proses mempatenkannya sebelum memasuki pasaran tahun depan.

"Produk ini dapat menyembuhkan luka dalam tempoh singkat kerana ia cepat menyerap air, menjadikan kesan luka cepat kering dan kulit pengguna sembuh tanpa kesan parut," katanya.


Naib Canselor UMT, Prof Dr Aziz Deraman, berkata UMT menerima anugerah dalam lima daripada enam penyertaan iaitu memenangi dua pingat perak dan dua gangsa menerusi penghasilan produk Gamma Plus yang dihasilkan daripada gabungan kulit pisang, obor-obor dan gamat untuk menyembuhkan luka; tempat pembiakan ikan dan snek makanan kesihatan rosel.

Dr Mohd Nizam Lani yang menghasilkan Le'Ro Rosselle Leather iaitu sejenis gula-gula getah yang boleh dimakan dan ditelan meraih pingat gangsa pada pameran itu berkata, gula-gula berkenaan kaya dengan Vitamin C. bharian.com.

1 ulasan:

Kendra Bing berkata...

Discover blogs,videos and pics you otherwise wouldn't have at http://kendrabing.com . Or submit your blog posts to be part of the whole big collection.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/