Jumaat, 10 Jun 2011

Zaman isteri bermanja-manja sudah berakhir


Saya tak pernah ambil tahu duit gaji saya. Semua saya serahkan pada suami. Kemudian dia uruskan soal bayar bil sampai ke belanja dapur.

Ini cerita sewaktu zaman Ct bekerja dulu. Kisah seorang kenalan mengenai cara dia berperanan dalam rumahtangga. Tak sangka ada juga orang yang sanggup serahkan gajinya bulat-bulat pada suami.

Duit aku duit aku, mana boleh suami nak control pulak. Rata-rata itu kata kawan-kawan yang lain dan kata-kata wanita yang tegas pemikirannya. Hakikatnya di luar sana berapa banyak wanita yang terlalu naif soal rumahtangga sehingga tidak sedar bahawa tindakan kita yang lembut sangat akan merugikan diri sendiri dalam jangka masa panjang.

"TIME TO VOTE FOR THE CUTEST THING! WHICH IS YOUR FAVOURITE?"(Click here)



Sama ada suami mereka meninggal atau mereka telah di ceraikan hakikatnya untuk mengendalikan hidup selepas kembali sendiri bukanlah satu perjalanan yang mudah. Jangan sampai nak bayar bil pun tak reti! Kita boleh mengaturkan kewangan kita sendiri. Banyak yang boleh kita lakukan untuk persediaan hari depan keluarga.


Begitu juga hal lain, jika kita tidak melakukannya sekarang kerana suami kita ada, sekurang-kurangnya belajarlah bagaimana caranya jika terpaksa melakukannya sendiri nanti. Kita perlu kikiskan sikap suka bergantung pada suami. Sebenarnya zaman isteri bermanja-manja sudah berakhir. Ini adalah zaman untuk isteri berdikari.

Namun yang pentingnya sekarang, kalau kita mengambil positif hal-hal sebegini kita akan lebih pandai dan tidaklah hidup terkapai-kapai mencari tempat berpaut, andainya ditakdirkan itu yang terpaksa kita hadapi satu hari nanti.

3 ulasan:

puteraduyong berkata...

hehe...duitku duitku...duitmu duitku jua... :)

Jendela Hati berkata...

ct... kdg2 kalau ada org ungkap sebegitu mesti ada sesuatu. ne de dah zaman skrg nak bg gaji bulat2 pada suami...huhu

ct N honey berkata...

@Jendela Hati ye lah kat,betul tu