Isnin, 4 Julai 2011

Animasi Boboiboy dan Upin & Ipin menang anugerah



Majlis Anugerah Animasi yang berlangsung baru-baru ini adalah untuk mengangkat objektifnya dalam mengiktiraf sumbangan penggiat seni animasi tempatan, sekali gus menyemarakkan semangat penggiat supaya menghasilkan lebih banyak karya bermutu.

Majlis anjuran julung kalinya oleh Persatuan Animasi Malaysia (Animas) itu berlangsung dalam serba sederhana di Dataran Karyawan Finas, Hulu Klang.



Salah satu finalis yang menyerlah adalah animasi berepisod, Boboiboy terbitan syarikat Animonsta yang mendapat pujian khalayak sebaik saja menemui penonton di kaca TV. Tidak hanya itu, Boboiboy turut menerima trofi Skrip Animasi, Muzik Tema serta Suara Latar Terbaik.


Animasi tempatan yang berjaya mencipta fenomena hingga merentas banyak pasaran antarabangsa, Upin & Ipin, diangkat sebagai penerima anugerah khas, Anugerah Khas Pencapaian Animasi. Animasi diterbitkan Les’Copaque Production cukup popular bukan saja di kalangan kanak-kanak, tetapi juga dewasa.


Tiga trofi khas lain untuk penggiat yang memberi sumbangan kepada industri diberikan kepada kartunis Ujang atau Ibrahim Mohd Nor bagi Pereka Watak Animasi Fenomena; penyumbang suara latar kartun, Zainab Wahab (Suara Emas) dan Hassan Abdul Mutalib (Tokoh Animasi). Baca lagi


11 ulasan:

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

ank2 cukup suka ini katun...klu dgr muzik terus terpacak kat depan tv

NzA berkata...

anak akak minat sgt tgk cerita nie..animasinya pn menarik...

Puan Kutu berkata...

tak pernah tgok katun nie smp habis,tp budak2 suka..termasuk la ank sy..:)

Zuha berkata...

Bagus diorang nih....work more harder!! cayok2...

http://mat-jungle.blogspot.com/

ct N honey berkata...

@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
samalah dgn anak ct

ct N honey berkata...

@NzA
cuma cite boboiboy aje tak tgk sgt lagi..

ct N honey berkata...

@Puan Kutu
anak ct yg umur 14 tahun pun suka,ini kan pula adik2nya

wan syamilah berkata...

budak2 ni lebih suka upin&ipin dari boboy boy..

tp mmg best animasi karya tempatan kan...

Jendela Hati berkata...

tahniah2... anak2 sy pun sukeee

Rina Omar berkata...

Memang patut dibanggakan. Salah satu kartun Malaysia yang memacu dan memberi saingan hebat kepada negara-negara luar :D

Unknown berkata...

tahniah upin ipin & Boboiboy...^_^