Jumaat, 1 Julai 2011

Gambar majlis pernikahan Noh Hujan dan Mizz Nina


Majlis pernikahan mereka dilakukan di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang. Pasangan tersebut dinikahkan kira-kira pukul 9.30 malam, Jumaat.



Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88 berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak.


Ia dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, “Playbook” dan cincin. Pada majlis nikah itu, Noh mengenakan pakaian rekaan Shaiful Baharim manakala Nina mengenakan pakaian rekaan Lady Jane.





Menurut Noh, dia bersyukur kerana akhirnya pernikahan mereka berjalan dengan lancar dan berharap ia akan kekal sehingga akhir hayat. Tq budiey dan gua

5 ulasan:

Munn Jaafar berkata...

suka la diorang ni...

Puan Kutu berkata...

nikah dah yer..:)

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. AKhirnya sudah menajadi suami isteri mereka ni. Kami di Umedia Network mengucapkan tahniah kepada Noh Hujan dan Mizz Nina. :)

Jendela Hati berkata...

selesai dah sudah..

suha berkata...

Alhamdulillah (^_^)