Jumaat, 22 Julai 2011

Gambar terbaru Raja Farah pakai tudung


DARI jauh kelibat Raja Farah Aziz sudah memancing perhatian. Bukan disebabkan susuk tubuh yang tampak kembali langsing sebaliknya penampilan kali ini cukup berbeza daripada biasa - bertudung.

Agak lama menyepi sejak mendirikan rumah tangga lapan bulan lalu, pelakon dan model berusia 23 tahun itu kembali aktif dengan menerima tawaran Suhan Movies Production membintangi telefilem penghargaan untuk Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Pelamin Di Pusara arahan Murali Abdullah.

“Baru dua bulan saya bertudung malah ini telefilem pertama saya tampil bertudung. Sebelum ini pun kalau keluar saya memakai selendang.


Mengenakan blaus yang dipadankan dengan jeans, sebagai pelengkap tudung rona merah jambu lembut menjadi pilihan aktres muda yang diamanahkan membawakan watak gadis kampung bernama Maisarah.
Akuinya lagi, walau tampak biasa peranan yang dibawakan nanti sarat emosi apabila menonjolkan keperitan hati seorang gadis yang baru mengenal cinta apabila kekasih hati sebenarnya tunangan orang.

“Terima kasih kepada Murali dan Suhan Movies yang menaruh kepercayaan terhadap kemampuan saya. Bukan cerewet tetapi sebaik membaca skripnya, saya terus bersetuju untuk digandingkan dengan Shahz Jazsle untuk telefilem ini.

Gambar  semasa perkahwinan Raja Farah

“Sebaik bergelar isteri, saya mengurangkan aktiviti lakonan. Saya juga agak memilih watak dan masa disebabkan komitmen terhadap rumah tangga. Cuma disebabkan watak Maisarah kuat, begitu juga keseluruhan skrip Pelamin Di Pusara, saya menerima tawaran ini,”

NYATA isteri kepada Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 26 itu punya harapan tersendiri dalam mengatur rentak hidupnya malah menganggap itulah pengorbanan yang dilakukan demi masa depan keluarga.

Sebagai persediaan, Raja Farah berjinak-jinak pula dengan perniagaan tetapi segala-galanya masih dalam peringkat persediaan namun ia bakal diumumkan dalam tempoh terdekat.

Gambar terkini Raja Farah memakai tudung
Tegasnya lagi tatkala diajukan semula dengan peluang aktres bertudung, kata Raja Farah, produser dan penerbit hari ini semakin berfikiran terbuka malah bangga melihat ramai rakan lain yang lebih dulu berhijab tetap rancak mewarnai program TV selain aktif di layar perak.

“Banyak watak yang memerlukan wanita bertudung. Saya tidak nampak ini semua sebagai halangan berlakon. Cuma pandai-pandailah kita memilih watak selain menjaga pergaulan. Saya pasti penonton juga akan terus memberi sokongan jitu,” katanya.

23 ulasan:

Suzie berkata...

Nampak gemuk sikit kan.Tapi lepas dia kahwin memang nampak berisi sikit.Tapi tetap cantik juga

Rozuan Ismail berkata...

cantiklah raja farah bertudung.nampak lagi ayu

@e_da berkata...

berisi sket tp maintain cantek..

chekpid berkata...

alhamdulillah. saya mendoakan yang terbaik kpd siapa saja yang berusaha ke arah kebaikan

Izan Ishak berkata...

cantik sgt dia bertudung...

merahitujambu berkata...

cantik laa..sesuai gitu..alhamdulilah

Mrs.Yie berkata...

bertambah cantik raja farah bila bertudung :)

CIK CHIPSMORE berkata...

huhuhu..xsalah untuk berubah kan.lagi pon dah berumah tangga.. hiasan untuk suami bg seorg perempuan..keke..good raja fara..aye suke personaliti kamu skang

NzA berkata...

baguslh, smakin ramai artis memilih utk brtudung...

ibuintan berkata...

cantik.. itu yg sebaiknya, rezeki takkan tersekat dengan bertudung


harap2 juga berkekalan

ika berkata...

nmpk ayu tgk dia bertdung suda..alhamdulillah~

cik siti berkata...

semua orang cantik kalau bertudung. kecuali lelaki... hehehehe

nurhamizatulzullraooh berkata...

Btul 2 cik siti..smua org cantik bla btdung kcuali laki..tp yg mghairankn ada jgk yg xnk btdung alasnnya blm smpi seru lg&mcm2 lg

Jendela Hati berkata...

comey dia bertudung kan ct... gambar tudung pink nie nampak bdn dia berisi ler ct...tp maintain cantik

rara pinkmafia berkata...

cantek kan dye.

Cahaya Fajar berkata...

salam..just nk bgi pndapat.disebab kan raja farah dah pakai tudung,gmbr dia yg free hair sepatutnya tak boleh didedah kan...hrp owner blog tak tersinggung.:)

♥ cik kieranaa ♥ berkata...

langsing ke? nmpk mcm makin berisi jep. tp ok je..:)

Cute Girl berkata...

dia makin gemuk sb byk makan lauk kenduri kat umah adek sepupu dia

Cute Girl berkata...

ha ah akak,jgn letak picutre dia yg tgh free hair tu,kan dia dah bertudung

ct N honey berkata...

@Suzie gambar tu mmg nampak natural aje rupanya

ct N honey berkata...

@NzA mmg dah ramai artis bertudung sekarang ni,hrp berkekalan

ct N honey berkata...

@Cahaya Fajar terima kasih sbb menegur,teguran sgt dihargai.T kasih

ct N honey berkata...

@Cute Girl ia betul tu,t kasih atas teguran

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/