Isnin, 25 Julai 2011

Majlis perkahwinan RM12 juta Norman dan Memey mendapat komen negatif dari beberapa pihak


Perkahwinan yang menelan perbelanjaan melampau mencecah jutaan ringgit boleh memberikan impak sosial yang negatif jika ia dilaksanakan hanya semata-mata memenuhi elemen menunjuk-nunjuk hingga mengetepikan matlamat sebenar perkahwinan.

Dari segi sosial pula, kebanyakan majlis perkahwinan mewah besar-besaran yang dianjurkan di negara ini sudah dicampur aduk dengan pelbagai elemen selain dimanipulasi sesetengah pihak bagi mendapat keuntungan khususnya membabitkan selebriti dalam memastikan barangan yang ditaja mendapat publisiti meluas.


Bekas Penasihat Agama Istana Negara yang juga pendakwah bebas, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz, pula berkata kesan lebih buruk jika majlis itu lari daripada matlamat dan akhirnya mengakibatkan pembaziran, malah lebih teruk lagi ikatan yang dibina dengan perbelanjaan jutaan ringgit tidak mampu bertahan lama.

“Perkahwinan dalam Islam adalah sunnah Nabi yang sangat dituntut malah kenduri atau majlis itu harus dibuat hanya bagi mereka yang berkemampuan. Perkara paling penting jangan sampai majlis jadi perkara boleh menimbulkan riak (sifat menunjuk-nunjuk).

“Islam mengunjurkan pernikahan dalam suasana paling mudah dan ringkas kerana itu yang terbaik dan paling diberkati. Untuk apa kita melaksanakan majlis yang bermegah dan bermewah tetapi tidak mendatangkan keberkatan, kerana apa yang penting majlis diberkati,” katanya. 


Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, ini akan menjadi ikutan hingga ada pasangan sanggup berhutang bagi memastikan majlis berlangsung dengan gilang gemilang yang akhirnya memberikan kesan jangka masa panjang selepas perkahwinan.

“Ia juga tergelincir daripada matlamat sebenar perkahwinan yang sepatutnya dilaksanakan dengan cara sederhana. Bila rumah tangga dibina atas niat mahu popular hingga sanggup berhabis dan mengetepikan asas utama perkahwinan yang sepatutnya sederhana dan berteraskan agama, tidak mustahil ia boleh jadi faktor menyebabkan perceraian,” katanya. 

Semalam akhbar melaporkan majlis resepsi perkahwinan pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza pada 28 September ini di Hotel Crowne Plaza Mutiara, di sini yang mendapat tajaan Rafflesia The Pearl Centre dianggar menelan kos lebih RM12 juta.

Rafflesia turut memaklumkan akan menyediakan dua persalinan bertatahkan mutiara yang setiap satunya bernilai RM500,000, dua set barang kemas masing-masing bernilai RM2.8 juta berupa anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara. bharian.com


28 ulasan:

syaz@rozelt berkata...

rm12 juta tu tajaan ke??wah mkin bnyk kontroversi, makin hot erk diorang nih..

Arenyss berkata...

ni kes x tau nk spend duit kat mane la ni (-_-'')

aeinio berkata...

tak habis2 citer pasal dua org ni.. dah naik meluat... apalah kebaikan mereka ni sampai sesetengah pihak sanggup nak sponser sebegitu.. dahla bekas kena tangkap kering!!

merahitujambu berkata...

duit hantaran dengan mas kawin bekas isteri norman tu dh langsai ke sampai nk buat kawin berjuta2 ni???

puanbee berkata...

tudia tk ingat anak berderet nk kena sara , sok2 tua2 mula lah artis tunjuk mereka sebenarnya tk lah byk duit sgt ..

namaakulynn berkata...

LIKE bila ustaz hassan din komen.biarrr kasik berapiii sikit diorg tuuu.

SueZ berkata...

ni panggil giler Kentang...Klu orang komen mesti si memey tu cakap Tajaan...Setuju akata Arennys..ni reflesia tak tahu nk salur duit lah tu, wat tajaan nk elak bayar TAX..yang rakyat ni duk bayar Tax sebab tak tahu nk elak..yg Company leh lh wat ngelat2 camtu...menyampah pulak rasa...baik hang p taja orang p Mekkah ker, Umrah ker...aduyai...

littletiny berkata...

setuju ngan suez tu..wat tajaan org gi makkah ke,dapat gak pahala.. kalo kawin kekal,alhamdulillah la gak..tapi kalo x? hmmmmmm...

amir aizat berkata...

wedding of the year tah,haha

ct N honey berkata...

@syaz@rozelt kalah siti nurhaliza punya harga baju kawin yg bakal memey pakai nanti..hot tak hot si memey tu

ct N honey berkata...

@Arenyss tapi bagi kat orang yg tak sesuai

ct N honey berkata...

@aeinio dia orang tu ambil kesempatan aje di atas kontroversi mereka

ct N honey berkata...

@merahitujambu nanti kita dengar si abby tu mengamuk kita tidak,manalah tahu meroyan pulak nanti kat majlis tu...haru..

ct N honey berkata...

@puanbee mcm manalah perasaan anak dia tu nanti kan..

Umedia Network berkata...

Nak kahwin sampai habis juta-juta. Nanti dah cerai dah tak da apa dah. hish. Btw, nice info. :)

ct N honey berkata...

@namaakulynn lepas ni takut pula sponsor nak sponsor artis kan..

ct N honey berkata...

@SueZoh ye ke mcm tu..pandai mereka buat bisneskan..rasanya tokeynya pun bukan bangsa kita

ct N honey berkata...

@littletiny kita tgk lah nanti,takut nanti dpt balasan pula sbb meruntuhkan masjid orang lain

ct N honey berkata...

@amir aizat kita tgk lah nanti cam mana gemilangnya perkahwinan mereka

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

retis mcm tu la..jgn taK JADI DAH LE...

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

buat ringkas sudah :)

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil berkata...

adusss..x bek mmbazir2 ... sederhana aje sudah ...

Suzie berkata...

Baju kahwin saya dulu ada lagi sampai sekarang sebab kakak jahit sendiri.Ni kalau orang seponsor ni ada ke boleh simpan mau lepas kahwin belum kering peluh orang dah minta balik...heheheh
doakan jelah moga diberkati mereka ni ...

Gadis Pantai Timur berkata...

ustaz saya cakap orang yang kawen sampai membazir ni ,perkahswinan x berkat...sebab tu banyak kes cerai berai..

nelly berkata...

rm12 juta ??
gila apa ..baik sedekah bagi anak2 yatim ~

ni bagai nak rak ...

ct N honey berkata...

@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
malunya klu apa yg dirancang tak jadi

ct N honey berkata...

@Suzie
namanya pun sponsor,juta2 dpt pakai kejap aje lah,tgk gambar aje lah nanti sebagai kenang2an. baju kawin dulu, muat x sekarang ni lagi?he.he.he...

Tanpa Nama berkata...

bek salurkn wang 2 kt anak2 yatim ke,umah2 org tua ke,org2 miskin ke..de gak faedahnyer...ala..xgne lau mjlis kawen grand2..tp utang keliling pinggang..hutang kat abby dah settle blom??kawen pandai..tggungjawab lepas...pe la...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/