Sabtu, 30 Julai 2011

Mohd Ashraf Hafiz atau Aleesha Farhana meninggal dunia


KUALA TERENGGANU, (Bernama) - Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi. 


Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. 

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor. 

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan. 

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'. 

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu. malaysiakini

10 ulasan:

Munna berkata...

innalillah....tgk, Allah lebih syg kan dia..

Umedia Network berkata...

innalillah....

cik wanie Lovela (CWL) berkata...

inalilah harap segala dosa yg dilakunya arwah diampun..sedih sbb dia xsempat kembali ke pangkal jalan.

nurdani berkata...

Innalillah. terkejut

dEsTiNi HiDuP berkata...

JGN KITA CEPAT MENTAFSIR MANUSIA DARI KACA MATA KITA SENDIRI. HANYA ALLAH YANG LAYAK MENGADILI HAMBANYA.

halila Ibrahim berkata...

setiap yg berlaku hanya Allah saja yang tahu...

Jendela Hati berkata...

Ajal. dr DIA kite dtg kepada DIA kite kembali.

Mila@Rimbun berkata...

dari Allah kita dtg, kepadaNya kita kembali..

Yie berkata...

semoga menjadi pengajaran buat semua insan yg masih lg dpt menghirup udara kurniaan Ilahi.....bersyukur dgn anugerahnya.....

norehan berkata...

Allah saja yg mengetahui segala-galanya. Kita sebagai manusia jgn mudah menghukum.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/