Jumaat, 29 Julai 2011

Terkini keputusan kes khalwat-Norman Hakim dan Memey bebas dari tuduhan khalwat


Aktor Norman Hakim dan tunangnya, Memey yang bakal disatukan pada September depan dengan tajaan perkahwinan RM12 juta perlu mendengar terlebih dahulu keputusan kes khalwat mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak dekat sini hari ini.

Hakim Syarie, Salehan Yatim dijangka membacakan keputusan di akhir pendakwaan selepas mahkamah selesai mendengar dan meneliti hujah kedua-dua belah pihak.

Seramai lapan orang saksi termasuk pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam (JAIS), abang Norman iaitu Mohd. Saufi dan pengadu, Muhamad Yusri Abd. Razak memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula sejak 15 Mei 2009.

Berita terkini masih panas

KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan berkhalwat, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Salehan Yatim membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan.

Norman dan Memey yang hadir bersama pada pukul 9.30 pagi Jumaat. Ketika hakim membacakan keputusan, pasangan pelakon ini hanya mendiamkan diri namun selepas diberitahu oleh peguam mereka, Fakhrul Azman Abu Hassan, pasangan ini menangis kerana terkejut dengan keputusan itu.

Komen dari Memey
Ketika hakim membacakan keputusan, pasangan pelakon ini hanya mendiamkan diri namun selepas diberitahu oleh peguam mereka, Fakhrul Azman Abu Hassan, pasangan ini menangis kerana terkejut dengan keputusan itu.

“Alhamdulillah, hakim dah putuskan tidak ada sebarang pertuduhan, jadi kami berdua bebas dari segala pertuduhan yang dikenakan sebelum ini. Saya rasa macam baru bebas dari ‘penjara’ kerana hampir tiga tahun kami menanti keputusan ini,” ujar Memey penuh kesyukuran.

“Masa dalam perjalanan ke mahkamah, saya ingatkan hari ini bukan keputusan. Bila masuk kamar mahkamah, hakim baca satu persatu kes dari awal sehinggalah ke keputusan. Menurut hakim, kenyataan pihak pendakwaan dan saksi diragui dan tak ada bukti yang kukuh untuk dibuat segala pertuduhan.

“Masa itu kami terkesima dan saya rasa ‘blank’. Tapi bila peguam kami beritahu yang semua dah selesai, kami menangis kat situ juga. Saya tak duga dan rasa lega sangat-sangat. Tiga tahun orang meletakkan hukuman terhadap kami berdua walaupun perkara ini belum ada kepastian.

“Jadi, ini memang keputusan yang saya nak dengar selama apa yang saya lalui tiga tahun ini. Saya terus hubungi mak dan bakal mak mertua memberitahu tentang keputusan ini. Inilah keputusan yang dinanti-nantikan oleh kami selama ini. Terima kasih atas segala doa mereka.”

Sebelum ini, Norman dan Memey didakwa berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang antara jam 1.45pagi hingga 3.00pagi pada 30 Oktober 2008. Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor1995 manakala Memey didakwa mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen yang sama. Jika sabit kesalahan, pasangan ini boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Ini jadi hadiah perkahwinan mereka yang lagi bernilai dari RM12 juta tu rasanya.

15 ulasan:

HappyIrfa berkata...

kahwinlah..pastu duk diam2..
malas nak komen psl diorang ni


selamat berpuasa yer awak

Mama QS berkata...

Setuju dengan comment HappyIrfa...naik meluat tengok kes mereka berdua ni

chekpid berkata...

wat evaaa...kawen je la. wallahualam

Said Arsyad berkata...

kirain cut memey

Puan Kutu berkata...

janji dieorg dah nak kawen..hehe

diana berkata...

erm...
apa2 je la.
menyampah!

puanbee berkata...

terlepas di dunia ..

Hans berkata...

boleh kahwin dengan aman

http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/07/kontest-menang-duit-raya.html

halila Ibrahim berkata...

terlepas dunia ja ni... menyampahh la baca story ni... cam na la boleh lepas... eiiii....tak pa.. hukum dunia.. akhirat nanti jawab la semua yg terlibat... eiiiiiii....

hunnyAPIS berkata...

erk..wat ever..malas nak layan..sukati korang la...heee...emo kat sini plak...bukan pe...kesian kat anak-anak je...ye la walaupun 'tak berkhalwat' tapi bermain kayu tiga di kala isteri tgh berpantang dan mengandung kan tak baek..ishh...

alyana shafinas berkata...

speechless...effect nyer pape cter yg dowg b'lakon, sy xtgk..hehe..

merahitujambu berkata...

apa2 jee laaa

NzA berkata...

moga lepas kawin ni xde la lagi kisah sensasi mrk nie..dh bosan dngar...

Jendela Hati berkata...

eeeeeee lamanye kes dorang nie. rupanya br kuar keputusan... jgn le suka sgt dgn keputusan tu...kawen je la dgn hadiah 12juta tuh..apa2 pun tq ct info nie..

shah URL berkata...

Khawin je laaaa... tamatkan kontrevesi korang....

kesian kak abby ngan anak2 adeh

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/