Khamis, 14 Julai 2011

Program Ramadan 2011 di Astro


Cepatnya masa berlalu. Tidak lama lagi kita umat Islam akan menyambut bulan Ramadan. Mengikut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia tarikh melihat anak bulan Ramadan 1432H pada 31 Julai 2011. 1 Ramadan diramalkan pada 1 Ogos 2011 manakala 1 Syawal pula jatuh pada 30 Ogos 2011. Kenangan Ramadan tahun lepas adalah kenangan terakhir Ct bersama emak tersayang. Nampaknya sambutan Ramadan dan Syawal tahun ini tidaklah semeriah seperti tahun lalu. Walau bagaimana pun semoga Ramadan kali ini lebih baik dari tahun yang sudah-sudah.
Di sini Ct ingin berkongsi dengan semua program-program menarik sempena Ramadhan 2011 yang telah disediakan oleh pihak Astro


Astro Oasis (saluran 106)-Drama Moreh adalah kesinambungan drama Geng Surau yang popular di kalangan penonton semasa Ramadhan tahun lalu. Moreh dilakonkan oleh Rusdi Ramli, Ayu Raudhah, Zul Ariffin, Redzuan Hashim, Harun Salim Bachik dan Khaty Fauziah. Ia disiarkan sebanyak 20 episod pada setiap Isnin hingga Khamis, bermula 1 Ogos depan, pukul 7.30 malam.

Sinopsis ringkas:
Drama ini mengisahkan Pak Abu daripada siri Geng Surau yang berpindah dari kampung ke sebuah pangsapuri baru bersama isteri dan anaknya, Duan. Di tempat baru, dia dapati tradisi moreh tidak begitu diamalkan penduduk.

Untuk Ramadhan tahun 2011 ini pihak Astro masih membawakan solat sunat Terawih secara langsung dari Masjidil Haram, Mekah, bacaan tadarus al-Quran dan tazkirah Ramadan menjelang waktu berbuka puasa.

Dua buah dokumentari akan disiarkan sempena Ramadhan berjudul Salam Ramadan - Cina (1 hingga 5 Ogos) dan Salam Ramadan -Turki (8 hingga 12 Ogos, pukul 6 petang). Kedua-duanya akan disiarkan pada pukul 6 petang."


Astro Prima (saluran 105)- Mempersembahkan Drama bersiri Geng Mengaji dan  Deru Ombak, manakala empat buah telemovie hebat iaitu Berselindung Di Sebalik Kaabah, Pintu Sakaratul Maut, Cinta Dari Kaabah dan Pelita Penyuluh Kiblat.


Astro Arena (saluran 801) - Buat julung kalinya menayangkan sebuah program berjudul Arena Sukan bermula 29 Julai, setiap Jumaat, 11.30 malam yang dihoskan oleh pengulas sukan tersohor negara, Datuk Rahim Razali.


Astro Ceria-Menayangkan siri animasi Upin dan Ipin sepanjang Ramadan ini istimewa untuk anak-anak.
kredit untuk:budiey dan mstar

1 ulasan:

Rean berkata...

wah! byk juga rancangan best2 ramadhan ni :)