Rabu, 6 Julai 2011

Puting atau jari, mana lebih baik?


Bayi menganggap puting sebagai rakan karib mereka dan boleh menenangkan untuk bayi yang menangis akan diam, bayi yang mengantuk pula akan terlena dengan cepat.

Menghisap puting kosong adalah lebih baik berbanding menghisap jari mereka. Bagaimanapun anda dinasihatkan memilih puting yang menepati aspek yang betul. Kenyataan  ini agak logik kerena apabila bayi atau kanak-kanak menghisap jari mereka, jari yang dimasukkan kedalam mulut menyebabkan berlaku tekanan terhadap lelangit dan bahagian hadapan gigi.



Satu lagi sebab ialah puting mudah hilang dan ibu bapa boleh menjadikan alasan tersebut untuk memisahkan puting daripada bayi apabila sudah tiba masanya kelak.



Menghisap puting kosong dalam tempoh awal perkembangan kanak-kanak pada amnya tidak akan mengubah kedudukan gigi atau rahang. Perubahan bentuk ini banyak bergantung kepada tempoh bayi menghisap puting.Lagi lama menghisap puting kosong akan terbentuknya ruang kosong antara gigi atas dan bawah agak sukar untuk mengawal lidah dan bibir bawah menyebabkan masalah sebutan seperti 's' 't' 'th' 'f'.

Puting tidak sesuai diperkenalkan sebelum bayi berusia 6 minggu kerana boleh menyebabkan bayi menghisap puting susu ibu dengan cara yang tidak betul dan risiko bercerai susu juga lebih cepat.

Ibu bapa disarankan memberi bayi puting apabila perlu sahaja dan hanya terbatas pada 10 bulan pertama usia bayi sahaja kerana dalam tempoh ini, keinginan bayi untuk menghisap sangat tinggi.

Anda disarankan memisahkan bayi dari puting kosong sebelum bayi mencecah usia setahun. Jika bayi dibiarkan terus menghisap puting kosong selepas usia setahun, mungkin lebih sukar untuk anda memisahkannya daripada tabiat menghisap puting kosong.

8 ulasan:

Misyahzniirf Alid berkata...

sebenarnya punting ni tk perlu ajar pada anak2 sebab anak sy sendiri saya melihatnya bila dia dapat hisap punting tu langsung dia tk nk makan, jadi pertumbuhan dia terbantut disebabkan punting tersebut.

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil berkata...

mcm2lah dgr pasal puting ni..takut ank gg jonganglah..itulah...inilah..hehehe...tp at least dia kurang kot mengutip2 brg n masuk dlm mulut sbb dah kena sumbat puting ;)

ct N honey berkata...

@Misyahzniirf Alid
anak2 ct 6 orang mmg tak hisap puting,cuba juga beri tapi mereka tak nak..puting ibunya lagi best kot

ct N honey berkata...

@Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil
betul juga tu kan..klu tidak mengutip ni mmg kegemaran anak2 kecik..

Puan Kutu berkata...

Alhamdulillah anak sy tak pernah berputing..

Suzie berkata...

Anak sulung saya hisap puting sebab masa tu duduk dengan pengasuh. tapi umur setahun saya buang.Jari lagi dasyat...anak buah saya sampai jari jadi kurus sebab asyik hisap jari.

ct N honey berkata...

@Suzie
anak buah saya ada juga hisap jari,sampai sekarang dah bujang,ada masa curi2 gak hisap jari...

armouris berkata...

lagi info tentang hisap jari di SIHAT SELALU - Hisap Jari Boleh Akibatkan Jongang

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/