Selasa, 26 Julai 2011

Saksikan siaran langsung debat 'Apa selepas 9 Julai?' bersama Datuk S Ambiga Sreenevasan (Bersih) dan Datuk Wan Ahmad (SPR)


Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berpeluang berdepan dan berdebat dengan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada 26 Julai, iaitu hari ini.



Mereka akan berdebat berhubung sistem pilihan raya negara ini dalam majlis yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, yang menerbitkan akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.

Majlis itu juga akan disertai oleh Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin dari UKM.

Debat dalam program berjudul 'Apa Selepas 9 Julai...' akan berlangsung di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.

Bagi yang ingin turut serta melihat dan mendengar debat ini silalah ke http://www.mobtv.my/. Debat ini dijadualkan berlangsung pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.

Info dari SinarHarian



6 ulasan:

syaz@rozelt berkata...

Thanks for da info..mungkin akan dengar diorg berdebat~

merahitujambu berkata...

xhabis2 lagi kan isu pasal ni..

::blog anak jawer:: berkata...

perlu sangat perdebatan ni... sebab ade banyak sangat persoalan... salah satu nye... ade dalam entry ni..

http://airzone09.blogspot.com/2011/07/sprm-maklumat-yang-mengelirukan.html

kene ambik tau... sbb kalau tak..sampai bila2 kita tak tau... dan terus di perbodohkan...

namaakulynn berkata...

oh.tak tahu pon.terus nak terjah web tu.

namaakulynn berkata...

oh.tak tahu pon.terus nak terjah web tu.

Tanakwagu berkata...

ada youtube tak? tak tengo la

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/