Sabtu, 9 Julai 2011

Semua cerita tentang mati



Empat cerita tentang kematian yang Ct jumpa semasa buat blogwalking. Teringin pula nak share dengan semua. Jom baca


Mati Sakit Jantung Apabila Dirinya Siap Untuk Dikebumikan
Seorang wanita mati akibat serangan jantung kerana selepas terbangun dan mendapati dirinya telah diisytiharkan mati - dan sedang siap sedia untuk dikebumikan.
Ketika salah seorang anggota keluarganya yang sedang berkabung membuka keranda, wanita yang sudah disahkan mati itu tiba-tiba bangun dan mula menjerit apabila melihat keadaan dirinya.
Fagili Mukhametzyanov, 51, suami kepada wanita malang "Matanya berkelip-kelip dan kami segera bergegas kembali ke hospital, tetapi dia hanya bertahan untuk hidup selama 12 minit di Unit Rawatan Rapi sebelum dia mati sekali lagi. Baca selanjutnya di itsmesaiful

Dua kali sembelih ,namun tidak mati.
Ayam jantan milik Hendra, penduduk di Jalan KS Tubun, Kapuas, Kalteng, masih hidup walaupun lehernya sudah disembelih sebanyak dua kali sehingga tenggoroknya putus.
Hendra menceritakan, pada awalnya dia menyembelih ayam itu untuk dimakan, Namun anehnya walaupun sudah disembelih hingga saluran tenggorok putus, ternyata ayam tersebut masih berdiri tegak.Hendra kemudian menyembelih sekali lagi ayamnya untuk kali kedua. Ayam itu tidak juga mati.
Anehnya, setiap hari ayam milik Hendra ini tetap mencari makan dan minum seperti biasa. Cuma makanan yang ditelan itu terus keluar dari saluran tenggorokan yang sudah terpotong. Lihat gambar di pulakdah

Lelaki ASIA Bunuh Diri Di Menara Burj, Dubai
DUBAI - Seorang lelaki Asia telah membunuh diri dengan terjun dari menara tertinggi dunia, Burh Khalifa, di Dubai, UAE.
Lelaki yang tidak diketahui namanya itu melompat dari tingkat 147. Ia menjadi orang pertama yang membunuh diri di menara setinggi 160 tingkat yang baru selesai dibina pada tahun lalu itu.
Berdasarkan maklumat yang baru diketahui, lelaki itu bekerja di salah satu perusahaan yang menyewa tempat di gedung setinggi 828 meter tersebut. Mayatnya ditemui di lantai tingkat 108. Sumber dari taotauajer

Berkenalan ketika ingin membunuh diri
Andriej Ivanov, 26, hendak mengakhiri hayatnya apabila tunangnya mati dalam satu kemalangan kereta sehari sebelum mereka dijangkakan untuk berkahwin.
Maria, 21, pula telah dihalau keluar oleh ibu bapanya kerana telah mengandung. Dia hanya sesaat lagi akan terjun daripada ketinggian 100 kaki ke dalam sungai Belaya yang sejuk ketika Andriej datang menyelamatkannya.
"Saya menjerit, 'BERHENTI !' dan berlari kepadanya. Dia jatuh pada lengan saya sambil terisak-isak dan saya juga turut menangis.
Pasangan itu terus berbual sehingga ke malam dan bersetuju untuk membantu satu sama lain mengubati hati mereka yang terluka. Gambar pasangan kekasih itu ada di umiealia

P/S: Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas.



3 ulasan:

puanbee berkata...

mcm2 lah kan

NzA berkata...

mcm operasi pembersihan bumi jerr...

Jendela Hati berkata...

mcm2 lah cerita dunia nie...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/