Isnin, 11 Julai 2011

Sinopsis dan Trailer Filem Bini Biniku Gangster-22 Sept 2011


Kita lupakan sekejap Malik dan Shark. Sekarang ini kita layan pula Manja dan Min Siam punya gangster.

Filem Bini Biniku Gangster adalah arahan Ismail Bob Hasim, penulis skrip oleh Yana Samsudin & Fadzil Zahari dan penerbitnya oleh David Teo dari Metrowealthpictures. Filem ini adalah genre aksi dan komedi yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam: Herry (Pelakon Utama), Yana Samsudin : Manja (Pelakon Utama), Intan Ladyana: Reanna (Pelakon Utama), Zul Handyblack: Muza (Pelakon Pembantu)

Sinopsis Bini Biniku Gangster
Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam
.



Filem ini akan menemui penonton pada 22 September 2011.
Pesanan dari Toyota Sdn untuk penggunanya

10 ulasan:

puanbee berkata...

haha kelakar cerita ni mesti best kan ct

iPai berkata...

hahah .. suka 3 pelakon ni ..

n sinopsis macam best je .. hehe

NzA berkata...

cerita kelakar ek ct????

WuMing berkata...

Tengok trailer dia syok lah....

yanchor berkata...

Wah...cte nih mcm cte singapore yg "my wife ahLong..." tajoknye lebih kurang la. Alahai yg suaminye tuh pondan tuh...ekekeke :D

btw, nk tggu kuar cinema la nih :))

ct N honey berkata...

@puanbee
tgk trailernya mmg kelakar

ct N honey berkata...

@iPai
sama-samalah kita tgk nanti

ct N honey berkata...

@NzA
cam tu lah bila tgk trailernya

ct N honey berkata...

@yanchor
hubby pun ckp cam tu gak,dia tgk koreo punya,mmg ada sikit2 tiru la

yanchor berkata...

@ct N honey
xpe..kita tgk hasilnya dlu. Sokong industri tempatan!!! :D

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/