Khamis, 21 Julai 2011

Sinopsis Filem Cinta Kura-kura-KRU studios


Cinta Kura-kura adalah filem yang diterbitkan oleh 3 adik beradik yang berjaya sekarang ini iaitu Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim. Manakala skrip dan arahan oleh Nizam Zakaria yang juga pernah mengarahkan drama Hotel Mania.



Sinopsis filem Cinta Kura-kura:
Cinta Kura-Kura filem komedi romantis yang menceritakan kisah Nani, gadis berusia 21 tahun, dan haiwan peliharaannya kura-kura unik, Nico. Nico unik kerana dia adalah dari jenis Green Crown Sea Turtle ... tetapi yang lebih penting, Nico mempunyai keupayaan untuk bercakap dengan manusia, jika dia memilih untuk berbuat demikian.


Kisahnya bermula bila Nani dan adiknya Amin berpindah. Nani telah mula jatuh cinta dengan Adam seorang ahli muzik dan merupakan jiran barunya. Keadaan ini telah membuatkan Nico membuat perancangan mensabotaj usaha Adam untuk menarik Nani. Segitiga cinta berkembang apabila penyelia kedai haiwan peliharaan kegemaran Nico, Fadzly cuba untuk mendekati Nani. Walau bagaimanapun tanpa diketahui semua, Fadzly mempunyai niat dan matlamat untuk menangkap dan menjual Nico ke restoran makanan eksotik. Saksikan nanti watak animasi Nico yang ceria, kelakar dan pastinya menyeronokkan terutamanya kepada golongan muda.


Barisan pelakon Cinta Kura-kura terdiri dari Tiz Zaqyah, Aeril Zafrel, Zizan (Raja Lawak), Farah Fauzana, Bob AF2, Fizz Fairuz, Norhayati Taib, Munir, Harun Salim Bachik, Tauke Raja Lawak, Daus AF8.


Filem ini juga telah menggunakan suara Usop Wilca sebagai Atuk kura-kura, Fara Fauzana, manakala Nico menggunakan suara Zizan.Filem ini dijangkakan menemui penonton pada bulan Disember atau awal tahun depan.
Nantikan trailernya yang bakal menyusul.
Jemputan untuk anda -"Bring your friends to sign up today and get rewarded RM 1.00 per friend invited"


23 ulasan:

laskar pelangi berkata...

cam best jerk nie;)

Shah URL berkata...

cam best .. betul tu laskar..

x silap ni kat putrajaya ni eheeee

:D

man yusoef berkata...

dgn kata ada animasi kura2 dlm citer ni..huhu...tp ikut pengalaman cerita KRU, trailer, gmbr b4 film mmg gempak habis...tp bila dah tengok, hampeh jek..haha

kayrul-shah berkata...

macam best jer bila baca sinopsis nie...nie yang tak sabar nak tengok nie

Meck berkata...

kru = xde jln cerita

merahitujambu berkata...

nama tajuk cm lawak..tpi kalau kru buat pasti best

ghab van hal berkata...

mintak kura2 dia tak nampak kartun sangat.=)

iPai berkata...

wah ada cgi ke tuh ..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

hero lelaki tu sepupu biras i 9sibuk nk bgtahu)

mcm nk tgk jer citer nih.

al_hakim berkata...

cerita mane ni?tak pna dgr..hehe

AzlanYussof berkata...

kene g tengok nih..KRU nya citer mmg best..

ct N honey berkata...

@laskar pelangi kita tunggu tayangannya

ct N honey berkata...

@Shah URL mmg pun

ct N honey berkata...

@man yusoef campur animasi sikit,manalah tahu yg ini mmg best,kita tunggu sama2 tayangannya

ct N honey berkata...

@kayrul-shah tak sabar nak tgk zizan jadi kura2

ct N honey berkata...

@ghab van hal hrp cam tu lah

ct N honey berkata...

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty ye ke,nanti boleh dpt tiket free x..he..he.he.

ct N honey berkata...

@al_hakim tu yg nak beritahu pada semua yg masih tak tahu

ct N honey berkata...

@AzlanYussof hrp lagi best dari filem KRU sebelum ini

Gadis Butterfly berkata...

mcm best jew..bole tgk ni:)

Puan Kutu berkata...

lor tengah demam adaptasi novel skang nie ekk.drama n filem byk dr novel

ct N honey berkata...

@Puan Kutu sekarang ni mmg byk sgt filem baru,sampai tak terkejar nak tgknya

shah URL berkata...

@ct N honey

Tapi sy x tgk lgla honey :D

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/