Khamis, 14 Julai 2011

Sinopsis Filem LEFTWINGS-Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Filem LEFTWINGS adalah filem baru khusus bagi peminat rock yang diarahkan oleh Faisal Chal Ahmad. Skripnya pula oleh Faisal Chal Ahmad dan Nasir Jani dan diterbitkan oleh Abu Hassan Abd Rahman.


Sinopsis
Leftwings merupakan sebuah filem muzikal yang mengisahkan tentang empat anak muda (Ray, Dino, Rizal, Shah) yang telah menubuhkan sebuah band indie dengan menjadikan band rock WINGS sebagai idola mereka. Mereka bercita-cita ingin memperjuangkan jalur muzik Rock dan juga cuba mencipta nama di dalam industri mainstream. Mereka juga memasang impian ingin menjadi pelapis kepada band pujaan mereka, WINGS dengan menamakan band mereka sebagai LEFTWINGS, iaitu band ‘sayap kiri’ kepada WINGS.

Siapa saya?

Di samping itu, mereka juga menghadapi rintangan di dalam kehidupan peribadi mereka, konflik dalaman serta masalah cinta yang akan mempengaruhi hala tuju band mereka. Dapatkah keempat-empat anak muda ini mengekalkan perjuangan band mereka disebalik konflik yang dihadapi oleh mereka?

Diterajui Oleh

Aweera sebagai Ray LEFTWINGS
Zouladeq sebagai Dino LEFTWINGS
Wan Zaimie sebagai Rizal LEFTWINGS
Paly Rockstars sebagai Shah LEFTWINGS

Dibantu Oleh
Shiqin Kamal sebagai Yana
Nora Zida sebagai Nadia
Boy Sabahan sebagai Man Jazz
Azrul Anuar sebagai Tijoe
Helda Pily sebagai PurpleFiffy Natasha sebagai Rita
Nur Shuhada Masayu sebagai Linda
Halida Zulkifli (Baby) sebagai Ira
Nurul Hidayah sebagai Shila


Penampilan Khas
Sani Sudin (Kopratasa) sebagai Dol
Awie WINGS sebagai Awie WINGS
Joe WINGS sebagai Joe WINGS
Eddie WINGS sebagai Eddie WINGS
Black WINGS sebagai Black WINGS
Ali Bakar sebagai Ali Bakar

Jika dilihat dari senarai pelakon-pelakon rasanya semua nama-nama baru dalam dunia lakonan. Semua mereka ini telah diberikan tunjuk ajar asas lakonan dibawah bimbingan Sani Sudin(kopratasa). Filem ini masih lagi dalam pengambaran dan tarikh tayangannya pun belum di umumkan lagi. Jika anda merupakan peminat sejati band rock gergasi tempatan WINGS? Pernah membesar dengan mendengar lagu Sejati? Bernafas Di Dalam Lumpur? Opera Hidup? Hukum Karma? Ataupun sekurang-kurangnya Biru Mata Hitamku Nantikanlah tayangan filem LEFTWINGS. 
Trailer akan menyusul sedikit masa lagi...Tunggu..

Teringat zaman sekolah dulu..masa tu Ct suka sangat dengar lagu Wings, Intanku Kesepian....
Kenali kumpulan baru Rosevelt dan Kumpulan antarabangsa Incubus

P/S:
Maaf sesangat, gambar ini diambil tanpa kebenaran tuannya. Bukan nak menyalahgunakan, tapi lebih kepada nak mempromosikan filem ini. Harap janganlah saman ye..


11 ulasan:

kakchik@ella berkata...

Kalo diaorg buat psl Search kan best ..*KC tak suka wings* Hihi.

Yati berkata...

Aweera ni yang dulu masuk one in a million kan, kalau tak silap. Suara sedap, tapi kurang bernasib baik. :)

HAKMI berkata...

wow nasir jani....kembara seniman jalanan versi moden ke?

iPai berkata...

wah2 .. terkenang zaman wings ekh .. hehe

Ary ariasputera berkata...

yeargh.. rock rock!!

ct N honey berkata...

@kakchik@ella
search dah kena saman

ct N honey berkata...

@Yati
hrp dia berjaya pula sebagai pelakon

ct N honey berkata...

@HAKMI
kit tgklah nanti mcm mana

ct N honey berkata...

@iPai
teringat zaman cintan cintun dulu

ct N honey berkata...

@Ary ariasputera
layan aje...

Tanpa Nama berkata...

I love Wings

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/