Selasa, 5 Julai 2011

Tahniah! Anda bercerai

Upacara meraikan penceraian ini dibuat bagi menandakan permulaan perubahan status pasangan kepada kehidupan solo, menelan belanja 55,000 yen (RM2,072), termasuk hidangan bufet dan upacara menghancurkan cincin perkahwinan menggunakan tukul kecil.

Tomoharu Saito meraikan upacara itu di Tokyo bersama isteri, Miki beberapa hari sebelum mereka dijadual bercerai berkata, upacara memecahkan cincin membuat dia lega.

Upacara itu juga termasuk pembelian ‘pakaian cerai’. Bagi upacara itu, Miki memilih sehelai gaun musim panas berwarna kuning bunga daisy untuk upacara itu. Di Jepun, warna ‘daisy’ dipercayai melambangkan ‘hubungan baik atau platonik’.
 
Rakan pasangan itu, Hiroko Tada hadir pada upacara perkahwinan dan perceraian pasangan Saito.
“Saya mengucapkan tahniah kepada mereka kerana bercerai secara baik. Saya tidak pernah membayangkan ia akan berakhir begini kerana saya juga hadir ketika perkahwinan mereka dulu,” katanya.

Upacara meraikan perceraian semakin meningkat di Jepun selepas gempa bumi kuat dan tsunami melanda negara itu Mac lalu, disusuli krisis nuklear yang dikatakan menjadi penyebab pasangan tidak gembira mula menilai semula kehidupan mereka.bharian


Apa komen kawan-kawan semua? Mungkin di Jepun terlalu banyak cerita sedih selepas bencana tsunami, jadi berita sedih bagi kita seperti penceraian ini di raikan pula untuk menghilangkan kesedihan tersebut.



15 ulasan:

Kuazue Mohamad berkata...

mm ntah ler.. maybe budaya mereka... jgn pasanganislam di negara ni pun menjadi seperti nie dah la.. Na'uzubillah...

Farah Shamsudin berkata...

huk! bercerai pn meraikan ke? adeii.. takut dgr wording bercerai tuu

SueZ berkata...

OOO kalau malaysia buat memang gempak r..

puanbee berkata...

sayang cincin tu kalau jual kan dapat duit haha

ct step 4 : terus ke sini

http://www.alexa.com/toolbar?utm_source=top-nav&utm_medium=www&utm_campaign=toolbar

klik kat install toolbar dan , pastikan pakai google chrome lah ye

ken berkata...

bercerai pun mau celebrate? lol..

Maya Mayana berkata...

ntahlah jepun ni..kdg2 sebab mereka ni suka buat benda pelik2 juga sebab tu kadang2 bala pn dtg..buat patung sebiji cam manusia utk lelaki kesunyian la...mcm2...

MamaDaniel berkata...

uish.. fonemena yang amat membimbangkan...

Jendela Hati berkata...

mcm2 le budaya org nie... nak galakkan cerai berai ke... cincin tu syg nya kena hapuskan camtu... jual je la buat belanja dapur hehe

ct N honey berkata...

@Kuazue Mohamad
minta2 dijauhkan

ct N honey berkata...

@Farah Shamsudin
semua orang tak minta,terutama ppuan

ct N honey berkata...

@SueZ
mmg pun,siap potong lembu pula nanti, haru....

ct N honey berkata...

@puanbee
ha..ha..betul tu

ct dah buat step 4 tu,lagipun ct mmg pakai google chrome..tq pbee

ct N honey berkata...

@Maya Mayana
opp..ye ke..dia orang ni dah terlampau moden,jadi suka buat benda2 yg orang x buat lagi

ct N honey berkata...

@MamaDaniel
dan patut dielakkan

ct N honey berkata...

@Jendela Hati
paling2 pun boleh dpt satu ribu kan..

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/