Sabtu, 16 Julai 2011

Video dan lirik lagu Angkasa-Hady Mirza (pemenang 3 kategori di Anugerah Planet Muzik 2011)


Pada tarikh 15 Julai 2011 ataupun malam tadi telah berlangsungnya Anugerah Planet Muzik yang diadakan di Singapura. Ct tak dapat tengok acara tersebut cuma dapat tengok acara pembukaan di youtube.

Kalau nak tengok keputusan penuhnya bolehlah ke blog Mizi. Sekarang ini Ct nak beri info mengenai pemenang yang dapat banyak anugerah malam tadi. Dia yang dimaksudkan ialah Hady Mirza. Anugerah yang telah di menanginya ialah ARTIS SINGAPURA PALING POPULAR,LAGU SINGAPURA PALING POPULAR dan LAGU SERANTAU PALING POPULAR- Lagu Angkasa

ANGKASA-Hady Mirza

cukuplah sudah kata-kata 
janji manismu 
siapa saja terpedaya 
dengan bibirmu 

berkali kau menangis merayu padaku 
namun menghilang sebaik saja 

lalu air mata jatuh akhirnya 
dengan tak sengaja engkau 
membuatku terumbang-ambing di angkasa 
hancur musnah semua mimpiku.. 
hillang di angkasa 

pernah kau bilang tulus cinta 
hanya boneka hmm.. 
cuba kau pandang ku di mata 
serius di pinta 

berkali kau menangis merayu padaku 
lalu menghilang sebaik saja.. 

lalu air mata jatuh akhirnya 
dengan tak sengaja engkau 
membuatku terumbang-ambing di angkasa 
hancur musnah semua mimpiku 
hilang di angkasa.... 

tak sanggup lagi aku menahan duka 
tanpamu aku hilang arah ke mana 

lalu air mata jatuh akhirnya 
dengan tak sengaja engkau 
membuatku terumbang-ambing di angkasa 
hancur musnah semua mimpiku 
hilang di angkasa.. 
dengan tak sengaja engkau 
membuatku terumbang-ambing di angkasa 
hancur musnah semua mimpiku 
hilang di angkasa...




Biodata Hady Mirza
Nama : Muhammad Mirzahady Bin Amir
Nama lain: Hady Mirza
Lahir : 28 Januari 1980 (umur 30)
Asal : Singapura
Genre : Pop, R&B, Soul, Rock, Hip-Hop

Hady mula menyukai nyanyian sejak umur 8 tahun. Penyanyi idolanya adalah John Legend, Robbie Williams, Babyface, Boyz II Men. Hady adalah juara Singapore Idol musim kedua pada september 2009. Ia adalah lelaki kedua yang menjadi pemenang Singapore Idol selepasTaufik Batisah terpilih menjadi pemenang Singapore Idol pertama. Album debut bertajuk namnya sendiri dikeluarkan tepat sebulan kemudian dan ia telah terjual lebih 12000 salinan di Malaysia dan Indonesia.

Pernah juga dinobatkan sebagai Idol Asia pertama pada Disember 2007, menewaskan peserta lain dari 5 negara termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina,India, dan Vietnam.  

Beliau pernah berlakon untuk pertama kalinya di dalam telemovie yang bertajuk "Sense of Home" di saluran 5. Menjadi pengacara program travelouge "JelejahKretapi" di dalam program Suria

Hady telah dilantik sebagai Duta untuk MercyRelief Foundation (Malaysia) pada tahun 2008. Beliau menawarkan diri membantu semasa gempa bumi di Padang dan mengikuti perjalanan misi ke kawasan paling terjejas di Padang - Pariaman. 

Album kedua berjudul "SangPenyanyi" secara rasminya dikeluarkan pada November 2009. 

Lagu "Angkasa" Hady merupakan lelaki melayu pertama menduduki carta untuk minggu ke-11 berturut-turut di stesen radio tempatan RIA.

2 ulasan:

Elih Japahar berkata...

Dah dengar lagu ni..tak lah best sgt tp boleh lah huhu, tahniah utk hady mirza!

Tanpa Nama berkata...

Best2. Nice info. :)