Selasa, 26 Julai 2011

Video Suhaila Dedah Rahsia Bersengketa Dengan Jimmy Shanley


Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.

"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.

"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.

Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.

Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.

"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.



“Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.

"Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya.

Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.

Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.

"Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab... semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.

"Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya.







Komen Jimmy pula "Pukul kerana ingkar"-Jimmy

13 ulasan:

Umedia Network berkata...

huii...perangai Jimmy tak macam yang saya sangkakan. huhu. Btw, nice info. :)

.izzati liyana. berkata...

mcm2. well, dont judge the book by its cover. luaran nmpk cenggini, rupe2nye cenggini. tetttt. ^__^

namaakulynn berkata...

ohoooo.wooottt wooottt.

NzA berkata...

entahlah, xberani nk komen cz kita xtau mana yg betul n mana yg salah....

kak lang berkata...

huh! yeke...cam xlogik la, tp klu betul memang xpatot!

ECAH~ berkata...

macam masing2 nak bukak pekung 1 sama lain...tak rasa mcm mengaibkan ke..

yelarw, mungkin at least kita pat taw perangai dia cmner.. tapi macm malau la kowtt~

yang tanak bincang suami isteri 2 kenapa la~~~

kakyong berkata...

bila jadi selebriti mcm ni lah... patutnya bincanglah elok2.. x elok kan buka pekung didada.. both side pun salah ni...

SueZ berkata...

betul cakap kak yong, ...zmn sekarang semua yangd alam selimut didedahkah bila jadi artis..masa sayang, peluk2..bila benci kutuk2..

honey, jom join giveway dari moscow, su tag hney

http://suezdairy.blogspot.com/2011/07/giveaway-from-moscow-by-miszlullaby.html

Suzie berkata...

Yelah ...bila dah tak suka semua nak cakap .kesian ...kalau dah tak ada kasih dan sayang lagi baik berpisah jer maybe Allah dah rancangan lain untuk kita ...

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil berkata...

itu kata sbelah pihak ...mls nk cmpur .. huhu

nurdani berkata...

@NzA betul2. setuju. tak tahu nak percaya yang mana satu

Jendela Hati berkata...

selalu yg kite dgr di sebelah jimmy je selama nie, bila si isteri bersuara camnie pulak ceritanya... huhu.. hanya dpt dgr dan baca aje lah tak tau yg mana satu betul ye tak ct?

ayu jamal berkata...

hmm mcm x percaya je jimmy camtu kan..hmm

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/