Dapatkan Handmade Bag ct N honey Dengan Berbagai Corak & Warna

Jumaat, 12 Ogos 2011

Chef Riz(anak Chef Wan) bakal bertunang dengan Ana Dahlia


Anak teruna Datuk Chef Wan iaitu Mohd. Nadzri,30, mengakui sudah bersedia untuk menjadikan pelakon filem Mantera, Ana Dahlia,28, sebagai calon isteri selepas enam bulan berkenalan.

Mohd. Nadzri atau lebih mesra dengan panggilan Chef Riz berkata, majlis pertunangan mereka akan diadakan sebelum hujung tahun ini tetapi enggan mendedahkan tarikhnya kerana ia masih dalam perbincangan.



“Insya-Allah, saya sudah terbuka untuk menjadikan Ana sebagai calon isteri saya. Hubungan kami mendapat restu kedua orang tua termasuklah ayah saya sendiri iaitu Chef Wan,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di sini, Rabu.

Hubungan cinta kedua-dua pasangan tersebut berjaya dihidu apabila mereka hadir dengan memakai pakaian warna biru sedondon pada majlis itu.

Riz yang juga pemilik restoran On The Table dan syarikat Culinary Brilliance Sdn. Bhd. di Solaris, Damansara di sini berkata, hatinya terpaut kepada Ana kerana melihat sifat kewanitaan yang menebal dalam diri wanita itu sepanjang hubungan mereka berjalan.

Katanya, Ana juga seorang yang suka menikmati apa juga makanan sementara dia pula gemar memasak.

“Dia suka makan, saya suka masak. Bila kami berjumpa, kami selalu berborak mengenai masakan. Bermula dari situlah kami menjadi semakin mesra dan bertambah serasi,” katanya.

Selain faktor itu kata Riz hatinya terpikat kepada Ana selepas mencuba masakan rendang daging dan kangkung goreng belacan yang dimasak pelakon itu, memenuhi cita rasa seperti air tangan seorang chef.

Ditanya mengenai detik percintaan mereka kata Riz, kakaknya iaitu pelakon Serina yang merupakan kawan baik Ana telah menjadi orang tengah mempertemukan mereka.

Katanya pada mulanya dia tidak terbuka hati untuk menjadikan Ana sebagai kekasih sehinggalah pada suatu hari mereka membuat keputusan berkenaan selepas melihat keserasian yang ada.

“Saya tidak malu untuk berterus terang mengenai hubungan kami kerana saya lebih selesa bersikap jujur. Memang benar saya mencintai dia dan sedang merancang untuk majlis pertunangan sebelum berumah tangga,” katanya yang berhasrat bergelar suami secepat mungkin.

Mengenai reaksi Chef Wan pula kata Riz, ayahnya tidak menghalang hubungan mereka itu tetapi dia selalu memberi nasihat agar menjaga batas-batas sebagai orang bercinta.

Sementara itu Ana yang malu-malu apabila membicarakan mengenai hubungan mereka berkata, sikap Riz yang peramah dan pemurah menyebabkan dia jatuh hati untuk menerimanya sebagai kekasih.

Kata Ana, kehebatan seorang lelaki yang boleh memasak adalah faktor berganda yang menyebabkan perasaan sayang itu bertambah menebal.

“Seperti yang dia cakaplah. Dia suka masak, saya pula suka makan. Jadi tidak salah saya katakan makanan telah menyatukan hubungan kami,” ujarnya.mstar.com

Dengarnya salah seorang penyanyi dalam (OST Ramadan Terakhir) Jangan Lupa Namaku - POMPA BENSIN adalah Ana Dahlia? Betul ke?..

Promosi besar-besaran untuk pakaian kanak-kanak, keperluan harian, barangan wanitakecantikkan, dan barangan Elektrik. Jadikan Hari Raya anda paling meriah tahun ini.


10 lebah buat bising:

cik pha berkata...

beruntung girl ni dpat chef..hahahaa tak payh penat2 masak asben dia dah pakar memasak

Abe Goreng berkata...

Nice info. goyang kaki je la bini die lpas ni.:D

Koleksi Bedroom Yang AWESOME bangat!!!

Puan Kutu berkata...

gmbar kt atas tu ana nmpk macAm ziana zain.YG Pompa bensin tu dieorg kata bkn nadia aqilah ker?

b a m b a m ' s berkata...

untungnya dapat laki chef ek..hehhehe

Saiazuan berkata...

owh x kenal.... huhu

Liyana Aziz berkata...

kalau yana la kan, bahagianya dapat hubby yg pandai masak sebab yana x pandai masak... untung2 dia ajar masak... hekhekhekhekhek...

Atiqah Wadiah berkata...

beznyer dpt laki pndai masak..x yah nk ketuk2 kuali dh..hehe :)

NzA berkata...

tahniah utk chef wan....

ct N honey berkata...

@cik pha
ha..ha..ha..betul tu.

ct N honey berkata...

@Puan Kutu
pasal lagu tu diaorang masih main teka teki lagi..klu rajin cuma cari kat wall P.Bensin dia ada sebut pasal ana tu..