Khamis, 25 Ogos 2011

Filem Bunohan-Tayangan Perdana di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2011 (TIFF)

Bunohan adalah sebuah kisah tragik kasih sayang antara tiga beradik dan bapanya yang kian uzur. Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dan restu, beransur ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan.
Trailer pertama filem Bunohan telah dilancarkan pada bulan Mac yang lalu. Berita baiknya ia telah mendapat reaksi positif dari pengkritik filem antarabangsa walaupun ianya kurang mendapat publisiti di sini (Ct pun baru tahu pasal filem ini). Filem ini diarahkan oleh Dain Said dan diterbitkan oleh Nandita Solomon & Co-produced by Tim Kwok.
Filem arahan Dain Said ini bakal membuat kemunculan perdana di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2011 (TIFF) September ini. Di harapkan dengan peluang ini boleh dijadikan sebagai ruang untuk memperkenalkan filem Malaysia dan bintang filem Malaysia di mata dunia. Kita tunggu pula bagaimana sambutan peminat di Malaysia bila di tayangkan nanti. Selalunya filem yang mendapat perhatian dari pihak luar, memang kurang sambutannya.sumber

Trailer filem Bunohan


Sinopsis filem Bunohan
Filem ini bermula jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. ‘Bunga Lalang‘ atau Adil (ZAHIRIL ADZIM) mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Tomoi yang melibatkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa. Sahabat lama Adil sempat menyelamatkannya dari pinggir maut, mengubahkan mereka menjadi pelarian penganjur pertinjuan haram tersebut. Ilham (Anugerah Skrin 2003, Pelakon Sokongan Terbaik, Faizal Hussein), seorang pembunuh upahan dihantar untuk memburu mereka sesedang kedua-dua sahabat itu berada dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan. 
Kampung Bunohan juga merupakan kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan. Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya berada di anjung nyawa. Pada waktu yang sama, Bakar ( PEKIN IBRAHIM) abang sulung Adil juga pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur. Perwatakan solehnya tersembunyi niat buruk seorang usahawan bercita-cita tinggi. Bakar seorang yaang berhati kejam yang sanggup melepaskan segalanya untuk mencapai kekayaan. Sekembali mereka bertiga ke kampung halaman di mana takdir mereka menunggu. 
Dalam bayangan kegelapan diri masing-masing timbul, memori silam yang dipenuhi keinginan, penghukuman, dan perasaan kehilangan. Dalam BUNOHAN, di sinilah bermulanya segala keperitan.
Barisan pelakon filem Bunohan ialah Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Namron, Wan Hanafisu, Hushairy Hussin, Amerul Affendi, Jimmy Lor, Tengku Azura

5 ulasan:

Jendela Hati berkata...

citer ganas kah?

Yati berkata...

Yati pun tak pernah dengor sebelum ni pasal citer ni. Otai-otai juga ya yang berlakonnya.

ct N honey berkata...

@Jendela Hati
mmg ganas sesangat

ct N honey berkata...

@Yati
sbbkan muka tak glamour pelakonnya sbb tu kurang publisiti..

LeeZ berkata...

Bunohan (bunohey dalam bahasa kelantan) adalah satu nama tempat di Tumpat, Kelantan, kalau tak silap...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/