Ahad, 21 Ogos 2011

(Gambar)Kad Hari Raya dan percutian Ning Baizura di UK

Ct memang suka dengan penyanyi Ning Baizura dari zaman sekolah lagi. Suaranya memang power. Sempena bulan Ramadan ini Ning Baizura Sheikh Hamzah terbang lagi ke United Kingdom (UK) buat sekian kalinya untuk melawat Siban dan Aife, iaitu anak-anak kepada suaminya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton bersama bekas isteri.

Lebih daripada itu, Ning juga akan menyambut Aidilfitri akan datang di perantauan, tetapi tidak langsung terkilan dengan situasi yang berlaku. Mungkin itulah antara pengorbanan yang perlu dilakukannya ketika Ramadan dan menjelang Syawal kali ini.

Ning dan suami mengambil cuti lebih awal untuk bercuti sebelum pergi melawat anak-anaknya. Ning ke Amerika Syarikat dulu untuk menghabiskan masa berdua dan sempat menyaksikan persembahan Celine Dion di Caesar’s Palace, Las Vegas dan kemudian ke Los Angeles.
Antara lokasi yang Ning kunjungi menjadi tarikan di sana ialah Grand Canyon & Madame Tussauds.


Ini pula gambar percutian Ning Baizura di UK




Cantik pemandangannya. Rasanya kalau Ct tersampailah ke sana memang susah nak balik.

9 ulasan:

Puan Kutu berkata...

uii manakan sama beraya di malaysia..;)

Umedia Network berkata...

Bestnya kat sana!!! huhu. Nice pic ct. :)

teratai berkata...

seronoknya jd selebriti dpt merantau ke negara luar smbil menimba pengalaman utk meningkatkan prestasi dlm persembahan~minat gak Ning,suka suaranya yg unik!

Citarasa Rinduan berkata...

wah!!
tiba2 jadi teringin nak beraya ke luar negara

heheheh

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil berkata...

demi suami trcinta snaggup brkorban apa saja walaupun hari raya di perantauan...

ct N honey berkata...

@Puan Kutu
dengarnya emak dia pun raya kat sana

ct N honey berkata...

@teratai
samalah cgn ct minat sgt

ct N honey berkata...

@Citarasa Rinduan
ha..ha..kalau ada saudara kat luar negara bolehlah..

ct N honey berkata...

@Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil
adat dlm rumahtangga kena tolak ansur,

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/